5 Item Pink Untuk Persiapan Malam Hari Kekasih - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Item Pink Untuk Persiapan Malam Hari Kekasih

Tanggal 14 Febuari telah tiba untuk kamu raikan cinta! Menurut kajian psikologi, warna merah jambu sinonim dengan cinta universal pada diri sendiri dan orang tersayang. Buat penggemar warna ini, Cosmo kongsikan lima item yang mampu menaikkan mood kamu dan pasangan. Cubalah!

Savage x Fenty Satin Pajama, RM156.87

Bersiap pada malam hari kekasih dengan pajama satin ketika bersama suami di rumah. Ya, ia memancarkan aura playful, romantik dan feminin yang merupakan elemen tarikan buat lelaki. Psst! Pajama lebih senang ditanggal berbanding kemeja-T.

Care Triple Your Valentine Pleasure, RM7.90

Triple joy! Macam tak percaya, Care Latex menyediakan tiga jenis kondom premium yang boleh didapati dalam satu paket, khas untuk sambutan hari kekasih ini. Care Triple Valentine Pleasure memberi kamu pilihan kondom nipis, contoured dotted dan dengan haruman vanila. Sesuatu yang mungkin kamu dan suami belum pernah cuba sebelum ini?

Bic Miss Soleil 2T Shavers, RM10.40

Hari ini kamu mesti kelihatan flawless dari luar dan dalam untuk keyakinan diri sendiri. Cukur apa yang patut sebelum kamu sarungkan dress mini untuk ke sesi janji temu. Tapi kalau dia masih judge kamu selepas bercukur, mungkin ini masa untuk kamu angkat kaki! Boy, bye…

Chanel Le Vernis Nail Polish, RM110

Jika mahukan malam ini yang paling istimewa dan sempurna, kamu perlu melakukan usaha ekstra. Beri perhatian kepada perincian seperti warna kuku. Rona merah jambu mampu meningkatkan tarikan manja dan intim terhadap si jejaka.

Emporium Sweet Melon & Modern Love Pillar Candle, RM31

Buat sentuhan akhir, nyalakan lilin beraroma untuk menghangatkan suasana di malam bertuah… Pembakaran selama 65 jam, koleksi Emporium Pillar Candle adalah elemen penyempurna buat kamu dan suami kala menjalin asmara yang sungguh mengasyikkan. Ikut selera kamu daripada pilihan Modern Love atau Sweet Melon. Kamu boleh dapatkan produk ini di gedung Spotlight berdekatan.

Kalau pertama kali jumpa memang seorang yang awkward tapi bila dah kenal, riang sebenarnya. Into deep conversation dan suka berjalan kaki sambil dengar lagu (Kuat berangan!). Ramai kata saya slow burner tapi in the end, semua tugasan berada di bawah kawalan. Psst... Jangan terkejut, saya pandai melukis dan menjahit!

Lifestylist