5 Helah Kesihatan Kamu Perlu Cuba Dan Amalkan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Helah Kesihatan Kamu Perlu Cuba Dan Amalkan

5 Helah Kesihatan Kamu Perlu Cuba Dan Amalkan

Trik ini akan membantu kamu jadi lebih sihat! Semakin jaranglah temu janji kamu dengan doktor selepas ini…

5 Helah Kesihatan Kamu Perlu Cuba Dan Amalkan

Foto: Depositphotos

1. Lebih Mantap Selepas Bersenam

Minum susu soklat sebaik selesai bersenam. Kadar karbo ke protein akan menghidratkan semula tubuhmu dan membantu membina semula otot, jadi tidaklah kamu rasa lenguh semacam esok harinya. Satu gelas dalam tempoh sejam selepas bersenam sudah memadai.

SUMBER: DAVID GEIER, MD, PENGARAH UNIVERSITI PERUBATAN SOUTH CAROLINA SPORTS MEDICINE

2. Tambah Tenaga Dalam 30 Saat

Bila masuk jam 3 petang saja mulalah kamu rasa ‘bleugh’. Jika kamu tak sempat nak power nap, cuba ini: Baring dengan kaki ke atas (atau kaki disandar ke dinding untuk sokongan) selama setengah minit. Ia akan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke otak, menjadikan kamu lebih peka.

SUMBER: HOLLY PHILIPS, MD

3. Gelabah Nak Jumpa Doktor?

Jika kamu rasa gementar mengenai temu janji dengan pakar, bawa bersama minyak lavender. Kajian menunjukkan menghidu minyak ini akan buat kamu lebih tenang dan menyingkirkan rasa gelabah. Mudah, kan?

SUMBER: KONSULTAN AROMATERAPI, JOIE POWER, PHD

4. Hapuskan Risiko Dijangkiti Selesema

Kamu mungkin rajin bersihkan alatan yang kamu selalu sentuh, seperti telefon bimbitmu. Tapi bagaimana pula dengan si dia? Curi-curi ambil dan lap menggunakan tisu basah antibakteria supaya kamu berdua sama-sama sihat.

5. Hirup Udara Segar

Meluangkan waktu di luar rumah terbukti dapat membangkitkan semangat. Jadi bila kamu mahu rasa lebih tenang kala berdepan sebarang tekanan, keluar berjalan seketika. Sebaiknya, pilih lokasi yang banyak tumbuhan seperti di taman. Pasti lega…

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor