5 Don'ts Manicure Kamu Harus Tahu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Don’ts Manicure Kamu Harus Tahu

Jangan main hentam saja! Nanti kamu yang menangis kuku dah tak secantik dulu…
Foto: Depositphotos

Gigit Kuku

Entah apa-apa saja kamu pegang, semuanya masuk ke dalam mulut. Tabiat ini juga boleh buat kuku bergerigi.

Taksub Membersih

Sampai ke bawah kuku kamu korek dan sental sehingga tersiat isi dan kuku. Sakit, kan?

Memotong Kutikel

Jangan tarik, potong atau gunting kerana ia membantu halang bakteria. Tolak saja perlahan-lahan selepas kamu mandi.

Kupil Warna Kuku

Bukan warna saja malah lapisan atas kuku pun boleh tertanggal. Bersihkan guna nail polish remover yang tidak mengeringkan.

Alat ‘Bertukang’

Memanglah kuku kamu boleh keluarkan staple, koyak sampul, jadi pemotong pita bungkusan tapi jangan sampai merosakkan kuku hingga terkoyak separuh pula.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker