5 Cara Pantas Hilangkan Batuk Dan Sakit Tekak - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Cara Cepat Hilangkan Batuk & Sakit Tekak

5 Cara Pantas Hilangkan Batuk Dan Sakit Tekak

Ada kalanya ubat doktor dan hospital tidak cukup untuk menyembuhkan sakit kamu serta-merta. Jadi apa kata kamu cuba pula beberapa petua yang Cosmo temui ini untuk kamu cuba sendiri.
5 Cara Cepat Hilangkan Batuk & Sakit Tekak

Banyakkan minum air suam

Air suam dapat membantu mencairkan lendir dan menjaga tekak supaya kekal hidrat dan tidak gatal. Elakkan kafein dan alkohol kerana ia boleh mengeringkan tekak.

Mandi air panas

Cara ini dapat meredakan batuk di mana wap air panas boleh menghilangkan kekeringan dalam tekak dan melancarkan saluran pernafasan.

Hidu menthol

Kamu boleh campurkan ubat menthol ke dalam air hangat. Hidu wapnya selama beberapa minit untuk melegakan keradangan tekak.

Madu

Ia memang terbukti dapat menyembuhkan batuk dan sakit tekak. Kamu boleh mengambil madu bersama air hangat dan perahan lemon untuk mencairkan lendir di dalam tekak. Minum ketika perut kosong di waktu pagi dan sebelum tidur.

Lemon

Ya, buah lemon mempunyai banyak manfaat termasuk membantu meredakan batuk. Campurkan sedikit madu jika kamu ingin kurangkan rasa masam.

Artikel asal: Kezia Calesta (Cosmopolitan.co.id)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker