5 Cara Untuk Pemakanan Sihat Dengan Bajet Rendah
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Cara Untuk Pemakanan Sihat Dengan Bajet Rendah

5 Cara Amalkan Pemakanan Sihat Dengan Bajet Rendah

Siapa kata nak kekal sihat perlukan banyak waktu dan bajet yang mahal? You are wrong!
5 Cara Untuk Pemakanan Sihat Dengan Bajet Rendah

Rancang pemakanan kamu

Perancangan adalah paling penting sekali jika kamu ingin berjimat. Jangan lupa untuk belek peti ais dan almari dapur kamu untuk lihat apa yang masih ada supaya kamu tak terbeli benda yang sama. Ingat, hanya beli apa yang kamu perlu saja.

Masak di rumah

Makan di rumah jauh lagi murah daripada makan di luar. Malah, jika kamu masak makanan sendiri i lebih sihat kerana kamu tahu apa yang ada di dalam masakan tersebut.

Masak dalam kuantiti lebih dan simpan

Menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak boleh menjimatkan masa dan wang kamu. Lebihan makanan itu boleh digunakan keesokan hari untuk makan tengah hari.

Jangan membeli ketika lapar

Jika kamu pergi ke kedai dalam keadaan lapar, kamu boleh terjebak membeli macam-macam makanan! Sebaliknya, cuba makan buah atau yogurt sebelum kamu pergi ke kedai.

Beli lebih jika ada promosi

Jika kamu ada produk kesukaan yang kamu selalu guna, kamu patut beli lebih jika ia sedang dalam promosi. Ini akan membantu kamu menjimatkan duit. Hanya pastikan tarikh luput produk tersebut masih lama lagi.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker