5 Body Hacks Ala Cosmo - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
5 Body Hacks ala Cosmo

5 Body Hacks Ala Cosmo

Cuba helah ini untuk tubuh dan minda yang lebih sihat!
5 Body Hacks ala Cosmo

1. LEBIH MANTAP SELEPAS BERSENAM

Cuba minum susu coklat sebaik selesai sesi bersenam. Ia akan menghidratkan semula tubuh dan bantu bina semula otot, jadi tidaklah kamu rasa lenguh keesokan hari. Satu gelas dalam tempoh sejam selepas bersenam sudah memadai.

2. TAMBAH TENAGA DALAM 30 SAAT

Selepas makan tengah hari, biasanya kamu akan mula rasa penat dan lesu. Jika tak sempat nak power nap, kamu boleh cuba baring dengan kaki ke udara (atau kaki disandarkan ke dinding untuk sokongan) selama setengah minit. Ia akan menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke otak, menjadikan kamu lebih peka dan cergas.

3. OH NO… I GOT BUTT-ACNE

Jerawat di punggung sebenarnya terjadi dek kerana seluar sukan berpeluh, skinny jeans mahupun duduk di kerusi untuk tempoh masa yang lama. Jangan risau! Rawatnya dengan benzoyl peroxide pada waktu malam dan sarungkan seluar fabrik kapas yang serap peluh sehingga kulit kamu benar-benar pulih. Untuk mencegahnya mudah saja. Daripada memakai skinny jeans, apa kata sekali-sekala kamu cuba boyfriend jeans atau palazzo pula. Ia bukan saja selesa malah beri ruang untuk kulit kamu bernafas.

4. KESIHATAN MENTAL PERLU DIJAGA

Terapi alternatif seperti yoga dan meditasi banyak membantu selaraskan serta seimbangkan subtle body dan chakra membuatkan kamu tenang dan relaks. Selain yoga dan meditasi, kamu juga boleh cuba alternatif lain sound bath dan sleep yoga. Jika kamu seorang ‘newbie’ perihal spiritual health, kamu boleh mula dengan kaedah mudah seperti breathing technique yang betul. Tarik nafas selama lapan kiraan dan hembus nafas dengan perlahan selama 10 kiraan. Ia membuka ruang pernafasan kamu dan expand your lungs. Waktu terbaik untuk kamu lakukannya? Awal pagi sebelum mandi dan waktu malam sebelum kamu tidur.

5. PENUHKAN PINGGAN DENGAN SAYUR

Ketika mengambil makanan, penuhkan dulu pinggan kamu dengan sayur-sayuran. Ini kerana ia membantu kamu cepat kenyang selain kandungan seratnya yang tinggi, juga mencegah kamu daripada makan berlebihan. Tip Cosmo? Pilih hidangan sayur yang tidak bersantan – kecuali jika kamu tiada pilihan lain.

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor