5 Baju Melayu Segak Dan Maskulin Dengan Rekaan Yang Tak Merepek! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

5 Baju Melayu Segak Dan Maskulin Dengan Rekaan Yang Tak Merepek!

It is annoying to see some Baju Melayu collections with so called an avant-garde design these past few years! Terlalu mecuba untuk menjadi kreatif sehingga membunuh ‘kejantanan’ baju melayu itu sendiri.

Tahun ini, lambakan baju melayu sepanjang musim raya menyaksikan ramai selebriti tampil dengan jenama mereka sendiri. Cosmo cukup suka dengan rekaan baju melayu yang kemas, ringkas dan tidak terlalu melebih-lebih seperti jahitan berenda misalnya.

Jom check out lima jenama baju melayu dan kurta lelaki terbaik pilihan Cosmo tahun ini.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

LALAKI OFFICIAL @lalakiofficial

Koleksi milik Hazwan Jasman ini tampil dengan rekaan yang klasik moden dengan potongan kemas. Jom baca interviu Cosmo bersama pemilik Lalaki Official.

Bila mula tubuhkan jenama baju melayu kamu?
Sebenarnya betul-betul berjaya menjual pada Raya Haji 2018. Kami mengeluarkan koleksi kurta dan jubah pelbagai warna dan rekaan moden yang simple.

Teralu banyak jenama dipasaran, apa kelainan yang kamu tampilkan?
Kelainan? Kami menekankan rekaan moden, simple dan selesa agar semua lapisan umur dapat menggayakannya.

Apa plan kamu seterusnya?
Kami akan fokus pada Raya Hajiyang akan datang. InsyaAllah kalau kuasa membeli selepas Aidilfitri memberansangkan, kami akan mengeluarkan kurta ready-to-wear dengan rekaan minimal.

Selepas berjaya dengan koleksi baju raya, apa yang kamu boleh katakan mengenai pasaran fesyen tempatan?
Banyak yang saya dapat belajar mengenai pasaran fesyen tempatan. Antara nya warna kegemaran, ratio size, warna apa yang pelanggan suka beli, daripada saiz besar sehingga XXL dan XXXL. InsyaAllah kami akan memperbaiki mutu rekaan dan koleksi kami yang akan datang.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness