4 Wireless Earphones (Bukan AirPods) Yang Berbaloi Untuk Dimiliki - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Wireless Earphones (Bukan AirPods) Yang Berbaloi Untuk Dimiliki

Kesemua wireless earphones ini juga mempunyai ciri-ciri menarik.
Foto: INSTAGRAM @JBLPH @BOSE

Tidak dinafikan Airpods mempunyai standard tersendiri khususnya kepada teknologi wireless audio, tetapi ada alternatif lain yang juga menawarkan ciri-ciri sama. Let’s check them out:

1. Sony WF-1000XM3

Sony meletakkan mereka sebagai pesaing terdekat dalam bidang wireless earbuds. Model ini menampilkan ciri-ciri “industry-leading noise cancellation” dan interface intuitif yang membolehkan seseorang mengawal muzik dengan sentuhan sahaja. Selain itu, Adaptive Sound Control menyesuaikan audio mengikut aktiviti: Berjalan, ketika menunggu dan sebagainya. Manakala charging case Sony membenarkan earbuds ini bertahan sehingga 24 ke 32 jam apabila noise-canceling ditutup.

Instagram Sony: Sony WF-1000XM3

2. Bose SoundSport Free Wireless Headphones

Dengan wireless earphones berkualiti Bose, pengguna boleh mengekalkan semangat mereka dengan muzik tanpa henti. Menerusi teknologi StayHear+Sport, earbuds ini akan kekalkan keselesaan pada tempatnya kerana ia mengikut lekuk natural telinga. Juga, lapisan kalis air memastikan peluh dan air hujan tidak terkesan kepada earbuds dengan memastikan ia kekal kering dan berfungsi secara dalaman. Earbuds Bose SoundSport Free ini boleh bertahan sehingga lima jam, tetapi dengan charging case, kamu boleh enjoy muzik sehinga 10 jam.

Instagram Bose/ Bose SoundSport Free Wireless Headphones

3. Razer Hammerhead True Wireless Earbuds

Direka khususnya buat gamers, earbuds berkualiti tinggi Razer ini menjanjikan hayat bateri selama empat jam dengan 12 jam tambahan dengan charging case. Ia juga memaparkan tindak balas input serendah 60ms untuk memastikan audio kekal sejajar dengan peranti buat sesi gaming yang tidak terganggu.

Instagram Razer/Razer Hammerhead True Wireless Earbuds

4. Samsung Galaxy Buds

Berkuasa tinggi dan stylish (rekaannya juga tampak futuristic, don’t you think?), sebaik saja earbuds dikeluarkan dari bekasnya, secara automatik akan disambungkan kepada peranti. Lebih menarik, earbuds inovatif ini boleh disambungkan pada seberapa banyak alat peranti Galaxy. Ia juga didatangkan dengan case berbentuk bujur-nipis yang memudahkan kamu membawanya ke mana-mana. Galaxy earbuds ini juga menjanjikan perbualan noise-free dengan menyingkirkan bunyi yang tidak diingini daripada bahagian dalaman mahupun luaran mikrofon, bergantung kepada persekitaran.

Instagram Samsung/Samsung Galaxy Buds

Artikel asal: Cosmo Philippines

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva