4 Tip Kekal Produktif Apabila Bekerja Dari Rumah - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Tip Kekal Produktif Apabila Bekerja Dari Rumah

Risau tidak produktif menyiapkan tugasan di rumah ketika kawalan pergerakan dijalankan? Cosmo kongsikan empat tip yang boleh kamu lakukan.
Foto: me.me

Memandangkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan sejak 18 Mac, bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan apatah lagi perlu kekal produktif. Bangun sekarang! Ini caranya…

Wake up with determination. Go to bed with satisfaction.

Unknown.

Bersiap seperti biasa

Maksudnya di sini, kamu lakukan rutin harian ketika hendak pergi kerja seperti biasa (walaupun hanya kerja di rumah). Jangan biarkan minda fikir untuk sambung tidur sebab kamu fikir kamu tak rushing ke tempat kerja. Don’t use that mindset!

Declutter

Pandangan mata kamu akan terganggu apabila beberapa barang bersepah – sebab selama ini kamu terus keluar ke office dan tak fikir apa-apa dah tentang chores. Sediakan tempat daripada clutter-free zone. Ataupun kamu kemas dahulu pada hari malam sebelum atau lakukannya sebelum ‘waktu masuk pejabat’. Dengan cara ini kamu akan fokus sepenuhnya pada beban kerja kamu dan teruskan harian kerja seperti biasa.

Catat tugasan yang diutamakan

Dengan ini kamu tahu apa kamu patut buat atau siapkan tugasan kerja pada hari itu seperti hantar email kepada client dan sebagainya. Kamu tidak akan terlepas daripada melakukan perkara keutamaan.

Elak bekerja di atas katil

Kamu sudah agak kenapa, kan? Membuat kerja di atas katil akan menyebabkan kamu terlelap sebab come on, obviously itu tempat untuk kita berehat. Lebih baik gunakan meja kerja dan cari tempat yang bagus dan selesa untuk mulakan kerja.

GIF: Giphy