4 Taktik Nakal Lakukan Quickie
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Taktik Nakal Untuk Sesi Quickie Bersama Suami

Satu kajian terbaru mendapati mereka yang beraksi nakal di kamar lebih gembira dan rasa selamat dengan perhubungan berbanding pasangan yang melakukan ‘seks vanila’. Jika kamu teringin nak bermanja dengan suami tapi tak ada tenaga nak ‘terbalikkan’ katil, cuba saja quickies berikut.
Foto: Depositphotos

Sarungkan Kostum

Jika ada jemputan ke parti kostum, kamu boleh ambil kesempatan untuk goda dengan si dia. Sama ada kamu jadi polis atau vampire seksi, terkam ‘pesalah’ kamu itu hanya untuk beberapa minit sebelum kalian keluar rumah. Kalau tiba fashionably late pun, hanya kalian saja yang tahu apa sebabnya.

Hangatkan Diri Ketika Mandi

Shower adalah lokasi terbaik untuk a quickie – siapa nak lepak di situ lama-lama jika seorang saja boleh nikmati pancuran air panas? Di sini, kamu boleh gunakan kreativiti dan keselesaan masing-masing untuk mencari posisi dan gerak-geri yang boleh buat kalian klimaks bersama.

Masa Untuk Suasana Sepi

Dilarang membuat sekelumit bunyi boleh menjadi turn-on yang hebat. Terutamanya bila sesuatu feels so good, pasti kamu mahu ekspresikannya. Sumbat mulut suami dengan kain dan goda sehingga dia tak tahan untuk menjerit kepuasan!

Berlumba Untuk Orgasma

Tak semua orang dapat capai orgasma dengan cepat, terutama sekali wanita yang memerlukan sedikit belaian dan rangsangan. Agar kamu dapat mencapai kepuasan bersama, cabar si dia untuk bantu kamu peroleh kenikmatan dalam tempoh tertentu. Contohnya jika dia berjaya, kamu kenalah bersetuju jadi ikut saja permintaannya di kamar selama seminggu. Win-win!

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker