4 Taktik Agar Suami Ringan Tulang Membantu Di Rumah - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 Taktik Agar Suami Ringan Tulang Membantu Di Rumah

4 Taktik Agar Suami Ringan Tulang Membantu Di Rumah

Kamu berdua sama-sama sibuk berkerja, tapi mengapa kamu yang kena buat semua kerja rumah? Tip mudah ini akan mendorong si dia untuk menjadi pasangan yang sempurna – jadi kamu tak perlu mengomel panjang-panjang lagi.

4 Taktik Agar Suami Ringan Tulang Membantu Di Rumah

Foto: Depositphotos

1. Beritahu apa kamu perlu dan pastikan spesifik

Kamu merasakan kamu dan suami sama-sama bertanggungjawab untuk mengemas rumah, tapi dia tak boleh baca fikiran kamu. Jadi minta pertolongan dia – dengan cara baik, bukan secara kritikal – dan teliti reaksi dia. “I nak you lebih banyak tolong buat kerja rumah” tidak akan banyak membantu melainkan kamu cakap “Jom bincang apa yang perlu diuruskan dan bahagi-bahagikan senarai kerja rumah.” Mana tahu, suami kamu mungkin ada idea yang lebih baik dan pantas untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

2. Berterus-terang (bukan mengarah-arah)

Jadikan senarai kerja rumah sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan bersama. Jika seorang daripada kamu perlu berada di rumah semasa juruelektrik datang untuk membaiki kipas siling, hantarkan invite kepada kalendar Outlook dia; supaya dia tahu ini adalah tanggungjawab bersama. Apabila janji temu semakin dekat, bincang dengan dia siapa yang boleh keluar pejabat lebih daripada sejam.

3. Bina kredit kamu, kemudian tunaikan

Bukan setiap hari kamu dapat laksanakan 50/50 – ia bergantung kepada kepadatan jadual kamu dan suami. Sama seperti bila kamu bina kredit dengan bos kamu, kamu dan suami masing-masing boleh menyimpan ‘kredit’ dan kemudian gunakan untuk hari yang kamu terlampau sibuk. Jadi bila kamu sudah banyak buat kerja rumah, bolehlah kamu keluar dengan kawan-kawan, manakala dia pula meluangkan masa di rumah dengan anak-anak atau selesaikan hal berkaitan rumah tangga.

4. Luangkan masa untuk satu sama lain

Waktu bekerja mengambil hampir kesemua masa kamu dalam sehari (jika kamu mempunyai anak, lagi kuranglah masa untuk kamu berduaan). Kalau kamu keluar makan tengahari bersama, keluar dating pada Sabtu malam, atau berjalan-jalan ambil angin selama 20 minit pun sudah boleh membantu ingatkan kamu yang si dia memang lelaki yang kamu cintai.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor