4 Sebab Si Dia Sanggup Curang
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 Sebab Si Dia Sanggup Curang

4 Sebab Kenapa Lelaki Sanggup Berlaku Curang

Adakah sebab dia jenis suka mengawal atau ketagih seks? Pakar seks dan perhubungan kongsikan kenapa mereka berkelakuan seperti ermm… Buaya!
4 Sebab Si Dia Sanggup Curang
Foto: Depositphotos.com

Takut Intimasi

Sesetengah lelaki curang kerana nak elak daripada sebarang intimasi. Ini kerana mereka tak mahu terlalu bergantung kepada seseorang, takut hatinya dilukai satu hari nanti. Agak tak masuk akal bagimu? Pada mereka, ia sememangnya lojik.

Mahukan Intimasi

Sebaliknya pula, sesetengah lelaki mencari intimasi di luar perhubungan sedia ada. Sesetengah pasangan mula hilang kemesraan selepas beberapa ketika dan tidak pula berbincang mengenainya. Bila ini berlaku, sesetengah lelaki merasakan lebih mudah untuk curang daripada berbincang mengenainya.

Rindu Bulan Madu

Pada mulanya kamu dan suami langsung tak boleh berenggang. Selepas beberapa lama, keadaan jadi selesa, bukanlah sesuatu yang elok pun. Tapi bagi sesetengah lelaki, mereka inginkan suasana bulan madu itu berterusan lantas mencari ‘sumber’ lain untuk dapatkannya.

King Control’

Menurut pakar, ada lelaki tak setia kerana mahu jadi ketua dan berkuasa dalam perhubungan. Dan melakukan sedemikian mampu memberikannya kepuasan itu.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker