4 Review Pakar tentang Iphone 11 Pro - Page 3 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 review pakar tentang Iphone 11 pro

4 Review Pakar tentang Iphone 11 Pro

Ini masanya untuk kamu dapatkan peranti ini!

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nisa’ Halid

View this post on Instagram

Sawadee ka! Stay safe, stay healthy, stay home guys! Styled by @sriazni

A post shared by N.H (@nisahalid) on

1. Kongsi secara ringkas mengenai diri dan kerjaya kamu?

Saya seorang Editor majalah Cosmopolitan Malaysia dan juga Executive Digital Editor untuk Bluinc Malay Desk. Mendengar akan jawatan saya, pastilah gadget adalah segala-galanya bagi saya! Tanpa peranti hebat maka sukarlah untuk saya melaksanakan kerja-kerja harian dengan baik.

2. Kamu pengguna iPhone tegar. Mengapa kamu masih memilih iOS?

Loyal person still exists. Saya salah seorang dari mereka. Saya masih memilih iOS dan tidak pernah terfikir untuk beralih kepada yang lain kerana saya sentiasa percaya akan kewibawaan pakar- pakar Apple dalam mengeluarkan peranti yang baru lagi canggih.

Ia lebih mudah jika mahu upgrade ke iphone yang baru. Saya hanya perlu log in dengan Apple ID untuk sign in dengan aplikasi dan website yang pernah digunakan sebelum ini. Oh, tidak lupa built-in two-factor authentication untuk melindungi akaun dan tiada tracking atau profiling oleh Apple untuk menggunakan aplikasi kegemaran saya.

3. Nyatakan 3 ciri-ciri terbaik iPhone 11 Pro?

Semestinya kerana Pro Design and Display! iPhone 11 Pro mempunyai kaca matte bertekstur dan jalur keluli tahan karat yang digilap juga hadir dalam empat kemasan. The most powerful devices are also designed to be durable  – iPhone 11 Pro menampilkan kaca paling kuat yang pernah pada telefon pintar dan diberi nilai IP68 untuk ketahanan air hingga 4 meter hingga 30 minit dan dilindungi daripada tumpahan air atau kopi.

Yang kedua, Dark Mode. Skim warna gelap baru yang indah yang memberikan pengalaman merakam dan melihat foto jadi lebih hebat terutamanya di persekitaran cahaya rendah. Kamu boleh set agar ia on secara automatik pada waktu matahari terbenam, pada waktu tertentu, atau set sendiri di Control Center.

Lastly, the fastest performance with the best battery life! A13 Bionic, cip terpantas memberikan prestasi yang tiada tandingan. iPhone 11 Pro mempunyai CPU dan GPU sehingga 20 peratus lebih pantas daripada A12. Semua prestasi pengkomputeran, grafik dan ML tanpa menjejaskan jangka hayat bateri. iPhone 11 Pro menawarkan sehingga empat jam hayat bateri dalam sehari berbanding peranti saya yang sebelum ini.

4. Sebagai seorang Editor, bagaimana iPhone 11 Pro dapat mempermudahkan kehidupan harian?

Saya sering ke ke majlis pelancaran produk baru dan juga sering travel serata dunia. Pastilah saya memerlukan peranti yang boleh memudahkan aktiviti harian saya dari kerja rakaman hinggalah kepada penyuntingan.

Dengan ciri kamera dan foto yang canggih, penyuntingan foto jadi lebih komprehensif dan intuitif yang mana merangkumi penyuntingan video. Portrait Lighting adjustments boleh dilakukan tepat di aplikasi kamera untuk menyesuaikan intensiti cahaya pada subjek dan efek High-Key Mono yang baru dapat menghasilkan gaya monochromatic yang indah untuk foto mod Potret – cuba wide angle dan telephoto untuk penampilan yang berbeza.

5. Di antara semua aplikasi untuk iPhone 11 Pro, yang mana paling kamu suka?

Semestinya FiLMiC Pro v6! Ia adalah kamera video paling advanced untuk telefon bimbit. FiLMiC Pro telah disempurnakan dengan kemampuan cutting-edge dan antara interface kamera manual yang paling responsif yang terdapat pada iPhone, iPod atau iPad. COMING SOON: Lookout for Filmic Pro’s Multi-Camera Recording FEATURE which will be available as an update later this fall. 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor