4 Petanda Kamu Ada Kematangan Emosi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Petanda Kamu Ada Kematangan Emosi

Bagaimana kamu atasi sesuatu konflik apabila berada dalam keadaan tegang?
GIF: Giphy / Legally Blonde

Kematangan emosi atau maturity emotional merupakan kemampuan seseorang individu dalam memahami dengan jelas dan mengawal emosi sebaiknya.

1. Mengerti dan meneliti emosi yang dirasai

Ini menunjukkan bahawa kamu sangat memahami emosi kamu yang mungkin dalam kekecewaan disebabkan sesuatu perkara. Cara yang kamu lakukan adalah mencari penyelesaian dengan sebaiknya dan mengatasinya secara positif untuk belajar daripada kesilapan dan memperbaiki kelemahan diri pada masa akan datang untuk mencapai konsep kendiri yang tinggi.

2. Mempunyai sempadan kesihatan emosi

Adakah kamu seorang yang empati dan mempunyai sensitiviti yang tinggi dalam mengambil berat emosi orang lain? Mereka yang mempunyai kematangan emosi sebenarnya berani berkata tidak untuk sesuatu yang melebihi kemampuan emosi mereka atas keprihatinan diri dan bukan semata-mata untuk memuaskan hati orang lain… Itu bukan bermakna mereka mementingkan diri, cuma mereka mempunyai keutamaan dalam menjaga emosi diri tapi tidak juga mengabaikan orang lain sebagai bebanan.

3. Mengakui kesilapan diri

Kamu menyedari sendiri kesilapan yang telah dilakukan dan cuba untuk meningkatkan diri ke arah kebaikan. Dalam hubungan, mereka yang memiliki kematangan emosi akan menolak ego ketika berkelahi.

4. Befikir dulu sebelum bertindak

Kamu tidak akan melakukan perkara yang boleh memberi penyesalan di kemudia hari. Kamu menganalisis dahulu beberapa tindakan yang kamu akan buat – mungkin mendatangkan akibat dengan pertimbangan yang bijak.

Sumber: Psych2Go