4 Manfaat Yang Kamu Dapat Kala Mengejar Cinta - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 Manfaat Yang Kamu Dapat Kala Mengejar Cinta

4 Manfaat Yang Kamu Dapat Kala Mengejar Cinta

Kamu pasti berdebar setiap kali bersemuka dengan crush, “Act normal! Act normal!”. Cosmo kongsikan kebaikan menyimpan hati untuk si jejaka. Macam tak percaya, kan?
4 Manfaat Yang Kamu Dapat Kala Mengejar Cinta
Foto: Depositphotos

GLOW-UP

Kamu mahu sentiasa bersedia, manalah tahu nanti terserempak dengannya? Itulah penyebab kamu sentiasa kelihatan cantik dari petang sampai ke malam. “Bila kamu sukakan seseorang, ia mampu meningkatkan keyakinan diri sendiri,” kata Dr Jennifer Freed, pakar psikoterapi.

MOTIVASI

Biarpun kamu ambil masa yang lama untuk confess perasaanmu kepadanya, keberanian bakal terserlah di hujung cerita. Ini membuka peluang kepada kamu untuk salurkan tenaga gagah ini ke tempat lain. Sebagai contoh, ketika tekan butang send untuk menghantar resume kamu.

LEBIH BERANI

Pelik, tapi benar! Cinta ‘atas angin’ mampu membawa keinginan untuk mencuba sesuatu yang mungkin hard-core buat kamu. Contohnya aktiviti lasak atau cuba makanan pedas. Kajian menunjukkan manusia sentiasa mencari jalan lain untuk melepaskan perasaan mereka.

TERINSPIRASI

“Daya yang terpancar kala kamu sukakan seseorang sangat produktif,” tambah Freed. Dia mencadangkan kamu untuk salurkan tenaga tersebut ke projek-projek kreatif. Ekspresikan kemampuan artistik kamu dengan melukis atau mengarang lagu. Mana tahu boleh jadi hobi baru?

Kalau pertama kali jumpa memang seorang yang awkward tapi bila dah kenal, riang sebenarnya. Into deep conversation dan suka berjalan kaki sambil dengar lagu (Kuat berangan!). Ramai kata saya slow burner tapi in the end, semua tugasan berada di bawah kawalan. Psst... Jangan terkejut, saya pandai melukis dan menjahit!

Lifestylist