4 Langkah Untuk Kulit Lebih Cerah
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Langkah Untuk Kulit Lebih Cerah

Kalau dulu orang kita saja yang nakkan kulit cerah berseri, kini ia sdah menular ke Eropah dan Amerika. Wanita mana yang mahu kulit kusam tak bermaya, kan? Kerana itu kamu perlu amalkan penjagaan kulit harian yang mencerah dan ada faedah antipenuaan.
Foto: Channel-korea

3 Langkah Mudah

Langkah pertama saja dah ada tiga produk: Pembersih, penyegar dan exfoliator. Ia bertujuan untuk menyegar dan menyediakan kulit.

Essence

Kemudian gunakan essence yang boleh merawat kulit kamu seperti masalah bintik hitam yang disebabkan oleh matahari dan penuaan. Kamu juga boleh cuba corrector untuk menyamar bintik hitam.

Pelembap

Jika serum merawat kulitmu dari dalam, pelembap akan melicinkan serta menghidrat permukaan kulitmu. Pilih tekstur yang tak rasa berat.

SPF

Sebelum keluar rumah, lindungi kulit dengan SPF. Tak guna kamu rawat kulit dengan pelbagai serum dan krim jika kamu tak lindunginya daripada punca utama kulitmu menggelap dan cepat tua!

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker