4 Langkah Kamu Perlu Ambil Untuk Tukar Kerjaya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Langkah Kamu Perlu Ambil Untuk Tukar Kerjaya

Jangan takut untuk peluang kerjaya yang datang kepada kamu. Jika bukan sekarang, bila lagi?
Foto: Depositphotos

Stop Delaying

“Lebih lama kamu berfikir untuk berhenti, lebih lambat perjalanan kamu untuk capai peluang baru,” kata Nicole Williams, pakar kerjaya dan penulis Girl On Top. “Memang ia agak sukar. Tapi lebih awal kamu buat keputusan, lebih terjamin emosi, mental dan tahap profesional kamu nanti,” tambahnya.

Menabung Untuk Masa Depan

Sentiasa fikirkan risiko dan mula menyimpan di bank – walaupun kamu terpaksa ‘berpuasa’ membeli-belah. Jika kamu baru saja bekerja atau memulakan perniagaan, pastikan wang simpanan kamu sekurang-kurangnya cukup untuk bertahan sepanjang enam bulan.

Sanggup Berkorban

Mungkin kamu perlu bermula dari bawah atau tahap pertengahan untuk berada semula di atas. Jadi bersiap sedia untuk segala kemungkinan. Mungkin gaji kamu tak sama seperti dulu namun jadikan cabaran ini sebagai suatu yang positif. Manalah tahu rezeki kamu akan datang bergolek.

Bina Rangkaian

Cuba bertanya dan bertukar pandangan dengan mereka yang ada pengalaman bertukar kerjaya. Mungkin seseorang yang berada di akaun Linkedln kamu. Cuba tanyakan soalan seperti, “Bagaimana kehidupan kamu sekarang? Kamu pernah menyesal sebab bertukar kerjaya?” Pertanyaan sebegini boleh berikan maklumat yang kamu perlu.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker