4 Trik Tubuh Kamu Perlu Tahu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

4 Trik Tubuh Kamu Perlu Tahu

Rasa dah tak kuasa nak makan aiskrim kerana sering terkena brain freeze? Nah, Cosmo kongsi helah mudah untuk atasinya, juga tip untuk tajamkan mindamu yang sering terlupa berserta panduan hebat agar kamu fabulous sentiasa!
Foto: Deposit photos

Bila Gigi Rasa Sakit

Jika kamu sedang menderita bengkak gusi, gosokkan kiub ais pada belakang tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk. Satu kajian di Kanada menunjukkan ia mampu mengurangkan rasa sakit sebanyak 50 peratus, kerana laluan saraf di situ merangsang kawasan otak yang dapat menghalang isyarat rasa sakit ke wajah dan tangan.

Hilangkan Brain Freeze

Terlalu banyak Haagen Dazs boleh ‘bekukan’ otak dan ia terjadi kepada hampir semua penggemar aiskrim. Penawarnya (supaya kamu boleh terus enjoy tanpa rasa ‘aaaargh’) adalah: Tolak lidah ke lelangit, tutup sebanyak ruang yang boleh, kemudian… Relaks.

Kuasa Mendengar Lebih Hebat

Susahnya nak dengar apa orang cakap bila di parti! Dekatkan telinga kanan kamu kepada sumber suara – ia mempunyai kelebihan mendengar lebih baik berbanding telinga kiri, menurut penyelidik di University of California. Lagi satu helah, jika kamu nak cuba dengar lagu latar belakang yang sedang dimainkan secara perlahan di kedai kopi, arahkan telinga kirimu pula. Ia mampu ‘menangkap’ ton muzik dengan lebih baik.

Hilangkan Rasa Pedih

Jika sewaktu berlari kamu lepaskan nafas bila kaki kanan memijak tanah (sama seperti orang lain), ia akan meletakkan tekanan kepada hati (yang terletak di sebelah kanan tubuhmu) – yang akan menarik diafragma hingga menyebabkan rasa pedih dan mencucuk. Oleh itu, cuba lepaskan nafas bila kaki kiri memijak tanah.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker