4 Cara Terbaik Singkir Sikap Shopaholic
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
4 Cara Terbaik Singkir Sikap Shopaholic

4 Cara Terbaik Singkir Sikap Shopaholic

Jangan risau shopaholics di luar sana, masih belum terlambat untuk hilangkan masalah kaki shopping kamu ini. Just follow these simple steps!
4 Cara Terbaik Untuk Hentikan Sifat Shopaholic Kamu
FOTO: DEPOSITPHOTOS.COM

Katakan TIDAK setiap kali ingin membeli

Jika kamu ingin membeli iPhone ataupun beg tangan terbaru, tunggu sehingga keesokkan harinya. Selalunya perasaan itu hanyalah subconscious reaction, jadi kamu hanya akan sedar yang kamu tak perlukannya selepas bertenang seketika.

Buat wish list

Dengan cara ini kamu boleh mengatur perbelanjaan kamu dan melihat dengan lebih terperinci, dan tidak menghabiskan gaji kamu serta merta!

Hindari apps beli-belah / media sosial

Memang seronok untuk melayari apps seperti Shopee, Zalora dan Lazada tetapi kamu akan lebih terpengaruh jika melayarinya setiap saat! Jadi elok jika kamu padam saja apps tersebut dan hanya pinjam telepon kawan/pasangan jika ingin membeli.

Kawal kad kredit kamu

Belajar cara menggunakan kad kredit dengan betul jika kamu tak nak dibebani hutang! Pastikan kamu melihat bil kad kredit dari masa ke semasa dan jangan membawanya setiap kali kamu keluar. Guna untuk perkara yang penting sahaja.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker