3 Strategi Semarak Asmara Di Kamar - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
3 Strategi Semarak Asmara Di Kamar

3 Strategi Semarak Asmara Di Kamar

Hakikatnya, bukan setiap hari kamu ada mood untuk ‘bersama’. Bila suami kamu mahu, kamu tidak mahu dan apabila kamu sudah nakal, suami pula penat lalu menolak ajakanmu. Cosmo cadangkan kamu cuba strategi ini!

3 Strategi Semarak Asmara Di Kamar

Foto: Depositphotos

Jadualkan Date Night

Menetapkan satu hari khas untuk kalian berdua sudah cukup untuk buat kamu rasa teruja dan tidak sabar. Mencari mood untuk ‘bersama’ boleh jadi susah apabila kamu tidak mempunyai masa untuk berehat apatah lagi untuk kerah tenaga fizikal. Tapi jika kamu tahu malam itu adalah malam khas untuk kalian, mood pasti akan datang untuk beraksi sepanjang malam. Cuba taktik ini; pagi sebelum kamu pergi kerja, hint suami kamu apa yang kamu mahu lakukan padanya malam nanti dan 30 minit sebelum pulang dari kerja, hantar gambar nakal kepadanya. Biarkan si dia meronta!

Detoks Daripada Dunia Digital

Terlalu banyak gangguan digital yang boleh mencelah proses intimasi kamu. Periksa e-mel kerja menggunakan telefon pintar, WhatsApp dengan teman kamu, layari laman sesawang – lebih banyak masa kamu habiskan di depan skrin, semakin berkurangan mood untuk ‘bersama’ suami. Mood untuk melakukan seks sebenarnya banyak melibatkan otak. Jika kamu terganggu dengan incoming messages dan e-mel kerja, sudah pasti ia boleh membunuh mood. Detoks (tutup TV, ketepikan telefon pintar dan komputer riba kamu), apa saja untuk jadikan kamar kamu ‘zon bebas gangguan’ agar ia tidak mengganggu perjalanan berahi kamu.

Lakukannya Saja!

Just do it! Kadangkala dengan hanya lakukannya boleh buatkan kamu dalam mood berahi. Jangan terlalu fikirkannya. Just follow the flow dan lihat apa akan jadi. Walaupun kamu rasa stress dan tidak inginkannya, kamu mungkin akan dapati dirimu sedang seronok dan menikmatinya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor