3 Salah Faham Tentang Kanser Payudara - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
3 Salah Faham Tetang Kanser Payudara

3 Salah Faham Tentang Kanser Payudara

Bila bercakap perihal kanser payudara, pelbagai informasi boleh kamu dapat. Sama ada ia adalah fakta atau mitos, Cosmo huraikannya untuk kamu.

3 Salah Faham Tetang Kanser Payudara

Foto: Depositphotos.com

Mitos: Hanya wanita yang keluarganya mempunyai sejarah kanser payudara berisiko tinggi.

Realiti: Lebih kurang 70% wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara tidak mempunyai faktor risiko yang boleh dikenal pasti. Tapi risiko sejarah keluarga adalah seperti jika pesakit ialah first-degree relative (ibu bapa, adik beradik ataupun anak), risiko kamu untuk menghidapi penyakit ini naik dua kali ganda.

Mitos: Underwire bra tingkatkan risiko kanser payudara.

Realiti: Sama sekali tidak benar! Tuntutan yang mengatakan bahawa underwire bra memampatkan sistem limfa payudara, mengakibatkan toksin berkumpul dan menyebabkan kanser payudara, merupakan tuntutan yang tidak saintifik. Menurut sains, jenis coli yang kamu pakai, sama ada ia ketat ataupun tidak, dan pakaian yang kamu sarungkan tidak mempunyai hubungan dengan risiko kanser payudara.

Mitos: Wanita dengan saiz payudara yang lebih kecil tidak berisiko.

Realiti: Besar ataupun kecil, saiz bukanlah pengukur kepada risiko kanser payudara. Payudara yang besar mungkin lebih sukar untuk diperiksa berbanding payudara yang kecil. Malah mammograms dan MRI lebih sukar untuk dikendalikan. Tapi setiap wanita, tidak kira saiz payudaranya, perlu komited dengan rutin pemeriksaan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor