3 Petanda Teman Lelaki Kamu Jejaka Alpha - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
3 Petanda Teman Lelaki Kamu Seorang Jejaka Alpha

3 Petanda Teman Lelaki Kamu Jejaka Alpha

Jika kamu berminat mencari ‘the real male’ sebagai pasangan, baca selanjutnya untuk ketahui kriteria mereka.

3 Petanda Teman Lelaki Kamu Seorang Jejaka Alpha

Foto: Depositphotos

Jenis Tak Mudah Mengalah

Sikap berputus asa tak pernah wujud dalam kamus hidup jejaka alpha, baik dari segi kerjaya mahupun mendapatkan wanita yang dicintai. Bukan itu saja, dia juga jenis konsisten dengan apa yang dia mahu dan miliki.

Bersikap Melindungi

Dia mampu mempertahankan dan membela nasib keluarga dan insan tersayang. Jangan sesekali ‘sentuh’ orang yang disayanginya, nahas hidup kamu nanti! Si dia juga tak suka golongan lelaki yang merendahkan martabat wanita.

Sukakan Cabaran

Ada saja kisah nakal zaman remaja yang dia kongsikan denganmu. Ya, mungkin dia pernah buat silap pada masa lalu tetapi si dia jadikan semua itu pengajaran dalam hidup. Lelaki sebegini juga jenis aktif dan gemarkan aktiviti lasak.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor