3 Petanda Pelik Si Dia Menyukaimu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Petanda Pelik Jejaka Menyukai Kamu

Setiap kelakuan ini menunjukkan yang si dia sudah jatuh hati kepadamu. Jom tengok!
Foto: Deposit photos

Dia Memesan Steak

Menurut kajian di Northwestern University, walaupun si dia sebenarnya menyukai pasta, dia akan buat pilihan yang lebih macho untuk serlahkan kejantanannya. Jadi jika dia pesan hidangan berunsur kelelakian – seperti daging – bermakna dia cuba buat kamu kagum.

Dia Mula Bercakap Seperti Kamu

Kajian di university of California menunjukkan orang mudah terikut-ikut corak pertuturan (termasuk accents) pasangan tanpa disedari. Cuba guna perkataan baru (seperti “anyway”) dan lihat jika dia juga menggunakannya.

Minda Si Dia Jadi Kosong

Kajian terbaru mendapati bila jejaka tertarik dengan wanita, mindanya akan beri tumpuan penuh untuk kagumkan wanita itu sehingga menyebabkannya kehilangan memori jangka pendek mengenai fakta asas buat seketika.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker