3 Perkara Yang Mengganggu 'Rutin Usus' Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
3 Perkara Yang Mengganggu 'Rutin Usus' Kamu

3 Perkara Yang Mengganggu ‘Rutin Usus’ Kamu

Let’s talk about…poop! It is all au natural, darling.

3 Perkara Yang Mengganggu 'Rutin Usus' Kamu

Foto: Depositphotos

PERIOD

Hormonal fluctuations (sering kali terjadi kerana penurunan estrogen dan progesteron) boleh menyebabkan perubahan kepada gastrointestinal tract kamu. Sesetengah orang menjadi sembelit, manakala yang lain mengalami cirit-birit. Menguruskan ‘pembuangan’ tubuhmu bermaksud kamu perlu jadi lebih proaktif. Jika kamu sembelit, tambah serat dan lebihkan air dalam diet harianmu. Ubat yang dijual di farmasi pula boleh membantu untuk masalah cirit-birit kamu.

STRESS

Pernah tak kamu tiba-tiba terasa sakit perut sebelum pembentangan atau mesyuarat? That’s because your gut senses your anxiety. Stress menyebabkan cross talk di antara otak dan usus kamu. Neuropeptides fire up the gut, menyebabkan usus besar mengembang. Hasilnya: Cirit-birit ataupun kekejangan. Cuba teknik relaks seperti deep belly breathing atau bayangkan perkara positif.

KURANG PRIVASI

‘Shy bowel’ is a real thing. Situasi A: Ada seseorang di kubikel tandas sebelahmu dan kamu rasa ia seperti ‘terbantut’ walaupun pada mulanya kamu benar-benar mahu buang air besar. Jadi kamu pun sanggup tunggu atau pergi ke tandas lain. Jika kamu terlepas peluang, ia akan buatkan kamu lebih sukar untuk lakukannya. Apabila najis tersekat di dalam usus, teksturnya akan jadi lebih keras, menjadikannya lebih sukar (dan sakit!) untuk keluar.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor