3 Manfaat Baking Soda Selain Untuk Kecantikan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
3 Manfaat Baking Soda Selain Untuk Kecantikan

3 Manfaat Baking Soda Selain Untuk Kecantikan

Mungkin ramai sudah tahu manfaat kecantikan yang boleh diperoleh daripada baking soda. Sebenarnya ia tidak terhad pada wajah, rambut dan gigi saja tapi juga bermanfaat kepada tubuh kamu. Ini antaranya…
Tiga Manfaat Soda Penaik Selain Daripada Beauty Hacks
Foto: 123rf.com

1) Meredakan sakit sendi

Menurut kajian, soda penaik dipercayai mampu merawat gejala sakit sendi apabila lutut mula membengkak, kemerahan dan radang pada sendi. Ia bertindak sebagai bahan anti-radang bagi merangsang sel badan tidak begitu aktif. Ia amat berguna jika kamu mempunyai penyakit autoimmune seperti artritis reumatoid.

2) Meningkatkan kesihatan buah pinggang

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hospital Diraja London, United Kingdom, kira-kira 134 pesakit buah pinggang kronik dengan tahap bikarbonat yang rendah dalam darah diberikan rawatan soda penaik dalam dos biasa dan sekumpulan lagi hanya bergantung pada rawatan biasa. Penyelidik mendapati pesakit yang mengambil minuman mengandungi soda penaik dilihat dapat menghentikan penurunan fungsi buah pinggang hingga dua pertiga.

3) Mengurangkan kembung perut

Mengambil jus lemon dengan campuran soda penaik bukan saja baik untuk sistem penghadaman tetapi mampu mengurangkan kembung perut. Ini kerana ia bertindak sebagai antacid yang menstabilkan gas dalam tubuh. Tetapi berhati-hati, jangan ambil terlalu banyak. Saranan: Hanya tambah setengah sudu teh soda penaik ke dalam air lemon kamu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert