3 Makna Disebalik Mimpi Si Jejaka
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Makna Di Sebalik Mimpi Jejaka

Inilah dia jenis mimpi yang biasa dialami jejaka, hasil kajian pengkaji di Kanada. Cosmo minta pakar huraikan makna di sebaliknya.
Foto: Depositphotos

Seks

Jika dia bermimpi berlaku curang dengan wanita lain, ini kerana dia tertarik dengan kualiti dalaman wanita tersebut, contohnya cita-citanya. Dan jika dia mimpi berasmara dengan seseorang yang tidak wujud, cuba beri tumpuan kepada butiran mimpinya. Itu sebenarnya adalah apa yang dia mahu lakukan – dengan dirimu!

Dikejar

Dia rasa tertekan disebabkan sesuatu, tapi tak bermakna dia betul-betul sedang melarikan diri daripada masalah yang dihadapinya. Si pengejar mungkin adalah simbol kepada sesuatu yang memberi motivasi kepadanya dan hanya menolaknya ke arah bertentangan.

Terjatuh

Dia rasa overwhelmed dan seperti berada di luar kawalan, sama ada di tempat kerja atau mengenai kehidupan peribadinya.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker