3 Langkah Mudah Untuk Kulit Cantik
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Langkah Mudah Untuk Kulit Cantik

Kulit kamu bermasalah? Nampak tua dari usia sebenar? Ikuti tiga langkah di sini untuk miliki kulit yang memancar seri keremajaannya hari ini juga!

 

1. Guna pupur menghidrat

Selepas membersih, pakai pupur yang berumusan menghidrat dan antipenuaan seperti  Peter Thomas Roth 24K Gold Mask pada seluruh wajah dan leher. Formula dengan emas itu menjanjikan manfaat anti keradangan dan penganjalan kulit di sampaing mengandungi gliserin yang handal melembap kulit. Lebih terhidrat kulitmu, ia akan kelihatan lebih anjal dan muda. Kulit kering akan menampakkan usianmu lebih tua dari yang sebenar, jadi elakkannya ya.

2. Cerahkan bahagian mata

Hilangkan sembap dan garis-garis halus dengan pupur lekap yang menyejukkan. Cuba sesuatu yang kaya dengan asid hialuronik dan kafein yang akan menyurutkan sembap dan buat mata kembali segar serta-merta. Tanggalkan selepas 10 hingga 15 minit dan pedap lembut lebihan serum pada kulit agar kamu mendapat manfaat maksimum daripadanya.

3. Berikan seri kepada kulit

Selepas kamu gunakan pelembap dan sebelum kamu bersolek, pedapkan higlighting cream pada tulang pipi, tulang kening, sisi dahi dan batang hidung untuk mencipta cahaya yang kelihatan semula jadi di bawah solekanmu nanti. Jadi kamu tidaklah nampak berkilat sebaliknya glowing! Inilah seri yang dimahukan oleh setiap wanita.

Foto: 123rf.com

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru