3 Langkah Jadi Teman Berkualiti, Mudah Saja!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Langkah Jadi Teman Berkualiti, Mudah Saja!

It’s that not hard to be an awesome BFF!
Foto: CW

Jangan Mungkir Janji

Kalau tak boleh tepati, jangan berjanji. Tapi kalau kamu terpaksa batalkan pertemuan dengan sebab yang valid, jelaskan terus kepadanya. Tiada siapa yang boleh jadi sebegitu sempurna.

Boleh Bergantung Harap

Tiada siapa sukakan teman yang tak konsisten dan sukar dipercayai. Jangan asyik sebut “I akan cuba sedaya upaya…” tapi langsung tak letakkan sebarang usaha untuk jadikannya satu kenyataan.

Elak Ambil Kesempatan

Sebilangan besar persahabatan tak menjadi disebabkan ini. Bila ada keperluan atau dalam kesusahan, baru kamu muncul. Tapi bila dah selesai masalah, kamu pun diam saja. Dan jika reputasi ini meliar tentang dirimu, sudah tentu kamu sukar nak dapat kawan.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker