3 Keyakinan Wanita Yang Disukai Lelaki
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Keyakinan Wanita Yang Disukai Lelaki

Ini antara kriteria yang boleh buat jejaka angau denganmu…
Foto: Depositphotos

Jadi Sahabat

Kamu boleh jadi sahabat dalam jangka masa panjang tanpa cuba membuktikan yang kamu sesuai menjadi permaisuri lelaki itu.

Gaya Tersendiri

Wanita lebih menarik jika dia tahu gaya pakaian yang sesuai buat dirinya dan bukannya jadi mangsa fesyen.

Jenis Tak Peduli

Wanita tidak perlu peduli jika orang lain tak sukakannya. Dia adalah dirinya dan orang itu boleh terima atau abaikan saja.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker