3 Golongan Yang Berisiko Terhadap Jangkitan Parah Covid-19 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Golongan Yang Berisiko Terhadap Jangkitan Parah Covid-19

Golongan ini kemungkinan lebih mudah mengalami jangkitan parah apabila terdedah kepada mereka yang positif Covid-19.
Foto: Qistina Jafril

Golongan awam yang masih degil terhadap pencegahan wabak ini seperti tidak mengikuti arahan MCO, kekerapan kebersihan tangan dan sebagainya, a.k.a. #dudukrumah. Kalau kamu ada simptom demam atau selesema, kamu perlu berada dalam rumah atau terus melaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan. Tempoh kuarantin 14 hari ini untuk mengenal pasti sama ada virus menjangkiti tubuh badan kerana jangkitan wabak ini tidak menunjukkan simptom pada tahap awal.

Warga Emas / Pesakit Kronik

Kumpulan masyarakat yang berusia 60 tahun ke atas serta yang memiliki penyakit kardiovaskular, masalah kondisi pernafasan dan diabetes.

Perokok

Jari-jari (dan kemungkinan batang rokok yang tercemar) berhubung dengan bibir kemungkinan boleh meningkatkan pendedahan virus dari tangan ke mulut. Lagipun, mereka yang sudah mempunyai penyakit paru-paru atau kekurangan kapasiti paru-paru boleh berisiko tinggi.

Ibu Mengandung?

Masih lagi dalam kajian yang berkaitan dengan kesan Covid-19 terhadap ibu mengandung. Namun, disebabkan perubahan dalam tubuh badan dan sistem imun, para ibu mengandung mudah terdedah dengan masalah jangkitan pernafasan. WHO menyarankan golongan ini perlulah dilindungi daripada wabak tersebut.

Rujukan: World Health Oraganization (who.int)