3 Cara Singkirkan Stress Sekelip Mata
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Cara Singkir Stress Sekelip Mata

Meditasi memang bagus, tetapi tidaklah sampai kamu kena bertapa. “Bila kamu peka, ia akan menenangkan sistem saraf, membantu kamu mengawal emosi dan buat kamu lebih mengasihi diri,” kata Diana Winston, pengarah pendidikan keprihatinan di UCLA Mindful Awareness Research Center, Amerika Syarikat.
Foto: Depositphotos

Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

Dengar atau baca kata-kata positif sebelum mulakan harimu.Ia akan buatkan mood jadi lebih baik. Lagu menceriakan hati pun berkesan juga.

Di Pejabat

Tengahari saja dah rasa lesu? Berdiri kemudian luruskan kedua-dua tangan ke udara, tolak badan ke kiri kemudian ke kanan. Tolak dagu kamu sehingga kepala mendongak ke belakang, tunduk ke bawah, kemudian sisi ke sisi. Pasti minda dan tubuh rasa lebih segar.

Buat Kerja Rumah

Fokus pada tugasan kamu. Sedang cuci pinggan? Perhatikan bagaimana air itu mengalir di tangan dan hidu bau sabun pencuci. Bila otak dah mula mengelamun, fokus semula pada pencucian untuk rasai ketenangan.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker