3 Cara Semarakkan Aura Gembira
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
3 Tip Semarak Aura Gembira

3 Tip Semarak Aura Gembira

Memeluk pasangan boleh merembeskan hormon oksitosin yang membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan imunisasi dan mungkin juga merendahkan risiko kanser. Masih solo? Tak apa, kamu masih boleh rasakan aura oksitosin dengan cara ini:
Foto: Depositphotos

Peluk Diri Sendiri

Ini bukan gurauan okey. Peluk tubuhmu erat-erat kerana ia mampu merembeskan hormon gembira. Fakta: Tubuhmu tak tahu pun sama ada pelukan itu daripada si dia mahupun dirimu sendiri!

Pergi Berurut

Sentuhan boleh merembeskan oksitosin, tapi untuk hasil lebih optimum, elak urutan yang terlalu kuat kerana ia boleh menyakitkan dan takkan buat kamu relaks.

Dengar Muzik…

Atau pergilah menjenguk galeri seni jika kamu arty type. Melihat atau mendengar sesuatu yang kamu suka boleh meningkatkan hormon tersebut.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker