3 Cara Pancing Hatinya Untuk Hubungimu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Cara Pancing Hati Jejaka Untuk Hubungi Kamu

Rasa jatuh hati? Cuba bahasa tubuh ini agar si dia berani rapat dan minta nombormu.
Foto: Pinterest

Beri Senyuman ‘Saya Suka Kamu’

Buat eye contact pada si jejaka yang kamu sukai: Naikkan kening dan beri senyuman mesra. Kajian menunjukkan perbuatan ini memberi mesej yang kamu meminati dirinya.

Gerakkan Tangan

Ketika berbual dengannya, buat pergerakan tangan dengan tapak tangan menghadap siling (tapi jangan over ya!). Ini menunjukkan kepadanya kamu seorang yang terbuka secara emosi.

Pandang Bibirnya

Apabila dia sedang bercakap denganmu, renung ke arah bibirnya selama kira-kira tiga saat dan pastikan ketika itu dia menyedari perbuatanmu. Walaupun dia tak tahu mengapa, tapi dia pasti akan mula memandangmu penuh minat selepas ini.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker