3 Cara Ketahui Wangian Tepat Untuk Dirimu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Cara Pilih Wangian Tepat Untuk Dirimu

Ikuti panduan ini untuk cari wangian yang menepati cita rasamu…
Foto: Depositphotos

Tengok Iklannya

Kamu akan dapat rasakan auranya dari gambar. Kalau gelap atau malam ia indikasi wangian berat dan menusuk. Kalau gambar lautan dan alam semula jadi, selalunya lebih ringan. Yang ada kelopak bunga itu memang terang-terangan haruman flora.

Ringankan Mulut

Cuba puji seseorang jika kamu rasa wangian dia berbau harum. Selepas itu tanya jenama apa si dia pakai. Kamu harus bau untuk tahu sama ada kamu suka atau tidak.

Main Teka-Teki

Minta jurujual beri kamu ujian beberapa wangian tanpa menunjukkan jenama atau botolnya. Jadi kamu takkan terpengaruh dengan rupa tetapi memilih berdasarkan aromanya.

Boleh cuba:

J'Adore In Joy Eau De Toilette 50ml
DIOR
J’Adore In Joy Eau De Toilette
RM370 (sephora.my)
Bloom Eau De Parfum 50ml
GUCCI
Bloom Eau De Parfum
RM394 (sephora.my)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker