3 Cara Hadapi Rasa Murung
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

3 Cara Hadapi Rasa Murung

Tiada siapa yang terlepas daripada perasaan suka, duka, stress dan sebagainya. Jika ada perkara buat kamu tertekan, cuba tip ini untuk kembali ceria.
Foto: Depositphotos

Kenal Pasti Pemikiran Negatif

Sebaiknya cuba uji diri kamu dan cabar pemikiran yang tidak munasabah seperti “Saya tak pandai buat apa-apa pun,” dengan alternatif yang lebih positif seperti “Jika saya buat sedaya upaya, pasti boleh!”

Kekal Aktif

Bersenam boleh merembes kimia yang mencetuskan rasa gembira dalam otak, jadi aktiviti ringan seperti berjalan kaki sambil menikmati pemandangan boleh membantu naikkan kembali semangatmu.

Makan Secara Sihat

Kajian mendapati pemakanan juga boleh beri kesan kepada mood. Makanan bergula dan beberapa jenis karbohidrat boleh melambatkan metabolisme tubuh yang buat kamu muram. Buah-buahan segar dan sayuran berdaun pula memberi kesan sebaliknya.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker