18 Perkara Kamu Akan Faham Jika Hanya Memakai Monokrom
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

18 Perkara Kamu Akan Faham Jika Hanya Memakai Monokrom

Not everyone understand this. Hanya sesetengah daripada kamu yang fanatik monokrom akan memahami situasi ini.

49765985 - striped blouse with accessories arranged on the floor. woman black and white accessories, high heels, hat, necklace and nail polish lied down.

1. Pada ‘mata kasar’, ia hanyalah seperti top dan jeans sahaja, tapi ia lebih daripada itu. Sesetengah baju bereka boxy, tidak simetri dan boyish. Sama juga dengan seluar.

2. Jenama kegemaran kamu ialah Zara, Topshop dan H&M. Kerana kamu dengan mudahnya boleh mendapati item fashionable dalam harga yang cukup affordable!

3. Kolar bajumu sering terkena mekap. Kamu juga sudah mempunyai teknik membasuh baju yang hebat.

4. Kamu pro dalam menggunakan bahan pencuci untuk membasuh pakaian berona putih. Dynamo, Breeze, Daia and whatnot.

5. Kamu tahu dengan memakai pakaian berwarna hitam ia akan menyelamatkan kamu daripada terkena percikkan makanan. Whites is not for clumsy people.

6. Kamu pernah bercadang untuk memakai pakaian berwarna, tetapi menyesal selepas itu. Hitam dan putih sangat memudahkan hidup.

7. Membasuh pakaian selalunya dilakukan secara berasingan. Like, duh?

8. Kamu masih memakai pakaian yang bercetak. Asalkan ia masih hitam dan putih.

9. Jaket kulitmu merupakan item kegemaran dalam almari, dan kamu menyimpannya didalam kereta. Just in case.

10. You never have to plan outfits, kerana pakaianmu pastinya akan sentiasa on point!

11. Kamu akan gelabah ketika hari teman baikmu meminta kamu menjadi pengapitnya. “Dress berwarna? Saya? Di hadapan khalayak ramai? Tak apalah.”

12. Tapi sekurang-kurangnya kamu dapat untuk memakai dress putih ketika hari perkahwinan kamu. YAAS!!

13. Kamu mempunyai sejumlah pakaian berwarna yang tersembunyi disebalik pakaian monokrom didalam almari.

14. Kamu sudah biasa dengan jenaka yang mengatakan kamu seperti hendak ke pengebumian atau waitress. Ia langsung tidak kelakar.

15. Kamu tidak berasakan seperti under or overdressed. Fakta: Monokrom tampak hebat untuk setiap masa, acara dan tempat.

16. Kadang-kala kamu menceriakan penampilanmu dengan lipstick merah ataupun colourful nails.

17. Walaupun ramai yang mengatakan kamu berpakaian seperti gothic ataupun plain, kamu masih gembira dan berpuas-hati dengan cara kamu berpakaian.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Dusty Baxter-Wright

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva