14 Tip Menjaga Kebersihan 'Miss V' - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

14 Tip Menjaga Kebersihan ‘Miss V’

Hadam semua tip ini agar ‘Miss V‘ kamu kekal sihat dan mencegah daripada jangkitan bakteria.
Foto: Khadija Horton

1. Basuh tangan sebelum melakukan seks

Untuk mengelak daripada jangkitan bakteria…duh.

2. Tak perlu pakai seluar dalam pada waktu malam

Seluar dalam boleh memerangkap lembapan pada kulit yang menyebabkan faraj kamu terdedah kepada yis dan bacteria. Cosmo cadangkan kamu memakai cotton shorts atau seluar, atau birthday suit. Suka hati kamulah.

3. Makanan yang ditapai bagus untuk ‘Miss V

Makanan yang ditapai seperti yogurt atau kimchi mempunyai probiotik yang tinggi. Bakteria baik membantu ‘Miss V‘ kamu mengelak jangkitan dan mengekalkan keseimbangan.

4. Jangan lupa tukar tampon atau pad

Khususnya, tukar setiap empat atau lapan jam. Tak mengapa jika nak tukar selalu. Tapi pastikan tukar terus bila bangun tidur.

5. Bersihkan vulva kamu sama seperti bahagian tubuh lain

Penting: Vulva apa yang kamu boleh nampak pada kemaluan kamu. Ia merupakan bahagian luar tubuh badan wanita, termasuklah labia majora, labia minora dan klitoris sebagai the opening. Yang lain ialah tiub yang menghubungkan vulva ke serviks dan uterus.

Vulva merupakan bahagian yang paling sensitif apabila kamu mencucinya. Berhati-hati dan jangan terlalu kuat menyental dengan loofah atau skrub kerana permukaanya lembut.

6. ‘Miss V’ is self-cleaning

Well, ‘Miss V‘ secara semula jadinya memiliki pH rendah yang membantutkan pembiakan di luar organisme dan mampu membersihkan atmosfera dengan sendirinya. Tak perlu sental dengan sabun, guna air sudah memadai.

7. Guna produk bebas haruman

Kamu sebenarnya tidak perlu guna mana-mana produk untuk mengharumkan ‘Miss V‘ kamu. TAK PERLU.  Itu akan meningkatkan iritasi pada kulit ‘Miss V‘.

8. Jangan pakai pakaian yang berpeluh dan basah

Kadangkala kamu lupa untuk tukar gym outfits selepas habis sesi bersenam di gim. Tapi tolonglah, ia tak bagus untuk ‘Miss V‘ kamu kerana bakteria aktif di dalam persekitaran gelap dan lembap. Go change as soon as you’ve done your gym work-outs. Sekurang-kurangnya, tukar bathing suit atau seluar dalam yang basah.

9. Pakai seluar dalam fabrik kapas

Cotton atau kain kapas ialah fabrik yang paling sesuai untuk ‘Miss V‘ kamu. Hmm…TBH, thong is no-no. Bukan selesa pun kan – ia boleh menyebabkan bakteria cepat membiak ke dalam uretra dan meningkatkan risiko jangkitan saluran kencing.

10. Buang air kecil selepas seks

Buang air kecil sebelum dan selepas seks supaya saluran dalam pundi kencing bersih. Jadi bakteria pasti takkan merebak.

11. Lap dari depan ke belakang

Bersihkan ‘Miss V‘ kamu dari depan ke belakang supaya bakteria tidak merebak di luar rektum. Kalau tidak, ia akan menyebabkan jangkitan dan keradangan.

12. Pilih pelincir dan kondom dengan tepat

Cari kondom yang terbaik untkuk kamu. Sama juga dengan pelincir. Pelincir berdasarkan air berkesan pada kebanyakan wanita. Jika kamu masih mengalami keradangan selepas seks – walaupun sudah cuba pelbagai kondom dan pelincir, lebih baik berjumpa doktor.

13. Pilih tampon dan pad dengan tepat

Pilih tampon dan pad yang mengandungi bahan organik dan tiada unsur wangian – itu paling selamat.

14. Jangan douche

Douche bermaksud membasuh atau mencuci ‘Miss V‘ dengan air atau campuran cecair lain (contoh, sabun, gel badan.) Douching sebenarnya akan membawa phthalates (yang boleh mengganggu hormon) ke dalam ‘Miss V‘.

Artikel asal: Taylor Andrews dan Hannah Smothers (Cosmpolitan.com)