13 Trik Mudah Untuk Kurangkan 2kg Dalam Seminggu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

13 Trik Mudah Untuk Kurangkan 2kg Dalam Seminggu

Tiada apa yang mustahil untuk turunkan berat badan dengan cara ini.
Foto: Deposit Photos

1. Pilih kualiti daripada kuantiti

Fokus pada makanan berkualiti yang memiliki nutrien padat dan mampu buat kamu rasa kenyang.

2. Jejak diet kamu

Jot down apa yang kamu makan pada hari ini. Percayalah, kamu akan bersemangat untuk kurangkan berat badan apabila kamu sedar berapa jumlah kalori kamu makan pada hari itu.

3. Fokus pada tumbuh-tumbuhan

Vegan diet sebenarnya membantu kamu menurunkan berat badan dengan mudah kerana diet plant-based ini boleh membuat kamu kenyang lebih lama.

4. Pilih karbohidrat glycemic yang sikit

Indeks glymenic makanan merujuk pada bagaimana kepantasan gula dalam peredaran darah dan bagaimana makanan dihadam secara perlahan. Makanan dengan glycemic yang kurang daripada 55 (sayur hijau, buah-buahan, lobak mentah dan lain-lain) memiliki metabolisme yang tinggi di mana ia mudah menurunkan berat badan. 

5. Tukar kepada makanan kecil

Misalnya, snack bar yang kamu selalu makan itu, tukarlah kalori yang lebih rendah daripada sebelumnya. Apa-apa makanan yang kamu pilih, pastikan ia sesuatu yang kamu boleh ikuti dengan sedikit perubahan makan melalui tempoh masa yang lama, dan bukannya bertahan satu minggu saja.

6. Jangan skip makan

Kalau kamu tahan lapar, semakin laparlah kamu. Kelaparan, food cravings dan rasa mengantuk itu akan mengundang kamu makan makanan berlemak dan gula yang tinggi.

7. Lebihkan lean protein 

Sumber makanan protein seperti dada ayam, white fish dan tenusu rendah lemak mempunyai kalori yang rendah. Lagipun kamu dapat meningkatkan tenaga apabila menghadam protein berbanding lemak dan carbs.

8. Pilih serat karbohidrat yang tinggi 

Ia mengekalkan keseimbangan kadar gula dalam darah serta pengambilan serat membantu penurunan berat badan. Sebab itu pilihan terbaik adalah whole grain berbanding roti putih.

9. Banyakkan minum air

Kurangkan minum air bergula okey!

10. Berusaha untuk menangani stress

Kadangkala bila kamu stress, mesti rasa nak makan, kan? Sebab cortisol iaitu hormon stress memberi kamu kecenderungan untuk makan makanan lemak dan bergula. Jadi, apabila kamu tertekan, pergilah meditasi atau dengar lagu.

11. Tidur lebih 30 minit setiap malam

Kurang tidur akan menyebabkan metabolisme semakin perlahan. Lebih kerap kamu terjaga waktu malam, lebih tinggi peluang untuk kamu buka peti ais dan makan!

12. Bersenam tapi tidak berlebihan

Sebenarnya, ia mengambil masa berminggu dan berbulan untuk melihat kesan metabolisme ketika bersenam dan membina otot pada masa yang sama. Walaupun membina otot akan menambah berat badan kerana ia lebih padat berbanding lemak badan, tapi bersenam membantu jantung, kesihatan mental dan lain-lain. 

13. Seks

Ia boleh membantu wanita membakar 3.6 kalori perminit serta meningkatkan output neurotransmitter serotonin dan dopamine yang secara semula jadi mengurangkan food cravings.

Artikel asal: Elizabeth Narins, Ashley Oerman & Jessica Toscano (cosmpolitan.com)