10 Filem Komedi Seram Terbaik (Yes, It's a Thing) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
10 Filem Komedi Seram Terbaik (Yes, It's a Thing)

10 Filem Komedi Seram Terbaik (Yes, It’s a Thing)

Filem ini akan buat kamu menjerit dan ketawa!

13 Filem Komedi Seram Terbaik (Yes, It's a Thing)

Jika kamu jenis yang tonton filem seram hanya separuh jalan sebab takut, mungkin sudah tiba masanya kamu mula menonton filem komedi seram. Cosmo senaraikan 10 filem terbaik yang perlu kamu layan sekarang!

1. BEETLEJUICE

Pasti kamu setuju Beetlejuice sememangnya filem komedi seram. Dan walaupun Alec Baldwin memegang waktu hantu, dia tetap nampak hot! 

2. SCREAM

Ia merupakan filem seram komedi klasik dan telah memberi inspirasi kepada beratus-ratus filem lain selepas penerbitannya. Filem ini penuh dengan tropes dan kamu mungkin akan perasan metafora baru setiap kali menontonnya.

3. JENNIFER’S BODY

Jennifer (Megan Fox) merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang dirasuk oleh syaitan untuk membunuh pelajar lelaki. Ya, bunyinya macam tak kelakar...but it is!

4. WARM BODIES

Jika ada anugerah untuk filem zombie paling comel, Warm Bodies pasti menang. Ia kelakar namun agak sweet yang berkisar tentang seorang jejaka yang sudah mati yang kemudiannya jatuh cinta seorang gadis.

5. SCARY MOVIE

Plot spoiler: Scary Movie BUKANLAH scary movie. Ia merupakan parodi kepada beberapa filem seram (Scream antaranya) TBH, perkara paling menyeramkan tentang filem ini adalah ia mempunyai lima siri!

6. ZOMBIELAND

Filem ini dibintangi oleh Jesse Eisenberg, Woody Harrelson, Emma Stone, dan Abigail Breslin sebagai penyelamat daripada zombie. Bersama-sama, mereka mengambil perjalanan yang sangat panjang dalam usaha untuk mencari tempat yang bebas dari zombie.

7. SHAUN OF THE DEAD

Shaun of the Dead adalah filem seram komedi yang akan buat kamu berfikir dua kali sebelum mengatakan “kamu terasa seperti zombie” bila perlukan kopi jam 3 petang.

8. WHAT WE DO IN THE SHADOWS

Jika kamu rasa The Twilight Saga terlalu mengagungkan vampires, kamu patut tonton What We Do in the Shadows. Ia adalah dokumentari (palsu) tentang tiga vampire iaitu rakan sebilik yang hidup normal seperti orang biasa.

9. TRAGEDY GIRLS

Basically, if Mean Girls were a horror movie, you’d get Tragedy Girls. Ia adalah slasher tentang dua gadis yang obses dengan pembunuhan dan media sosial. Mereka juga membunuh Josh Hutcherson, jejaka yang kamu ‘gilakan’ dalam Hunger Games.

10. VELVET BUZZSAW

Apabila scribbling milik seorang lelaki yang sudah mati dicuri dari apartmennya dan dijual sebagai hasil seni yang mahal, roh lelaki tersebut mula membalas dendam terhadap semua orang. Hmm, kamu patut tonton filem ini jika kamu peminat si hottie Jake Gyllenhaal.

Artikel asal: Hannah Chambers & Emily Tannenbaum (cosmopolitan.com)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor