Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
lady gaga joanne

Zaman Kejatuhan Ratu Pop Lady Gaga

Ketika Lady Gaga mengumumkan mahu menjadi normal tanpa sebarang pakaian pelik, peminat setianya berasa seakan kehilangan Gaga yang sebenar! Lady Gaga yang semua peminat muzik kenali adalah seorang penghibur yang hebat di pentas dengan gaya ekstravaganza penuh dramatik.

lady gaga joanne

Masih lagi kamu ingat apabila Gaga hadir ke acara karpet merah MTV Video Music Awards 2010 dengan gaun daging mentah rekaan Franc Fernandez? Gaya ikonik tersebut menggambarkan betapa beraninya Gaga dalam berfesyen. Malah Gaga telah tampil dengan ratusan gaya berani di setiap majlis sosial dan anugerah seluruh dunia. Begitu juga persembahannya di atas pentas dengan tarian gila dan vokal yang mantap.

Namun Gaga menerusi satu motivasi bersama pelajar-pelajar di sebuah universiti pada Oktober 2015 mendedahkan dia hampir berhenti menyanyi kerana tekanan  yang diterima. “Saya bosan dijadikan sebagai alat untuk manusia lain mendapat keuntungan. Saya bosan mencuba memuaskan hati semua orang, melayan ratusan permintaan untuk mengambil foto setiap hari,” jelas Gaga. Malah dia juga bosan menjadi mesin duit buat sesetengah pihak sehingga membataskan kreativiti dan kehendaknya sebagai seorang artis.

lady gaga joanne

Selepas itu Gaga dilihat tampil lebih realistik dengan gaya yang anggun tanpa mekap dan gaun yang pelik. Malah dia kelihatan lebih tenang tanpa sebarang persembahan yang terlalu pelik mahupun erotik. Perubahan mendadak tersebut sudah tentu memberikan impak yang besar buat kerjayanya. Ribuan peminat Gaga mahu dia kembali ke gaya asalnya. Malah ada yang turut berhenti meminatinya.

Kali terakhir Gaga tampil dengan single baru, Applause tiga tahun lalu. Ketika itu dia dilihat perlahan-lahan megubah imejnya. Applause kurang mendapat sambutan seperti lagu-lagu hitnya yang lain seperti Bad Romance, Born This Way dan Poker Face.

Kini Lady Gaga bakal tampil dengan album kelima berjudul Joanne yang dijangka berada di pasaran pada hujung Oktober 2016. Lagu Perfect Illusion menjadi pertaruhan pertama untuk album ini. Namun malangnya lagu tersebut menerima respon yang sangat teruk. Perfect Illusion menerima kritikan dan kurang mendapat sambutan lebih teruk daripada Applause.

Lagu tersebut berada di tangga pertama carta iTunes selama dua hari kemudian jatuh terus ke tangga 48 carta. Adakah Lady Gaga kini di zaman kejatuhannya? Mungkin Gaga tidak perlu bimbang jika tidak sepopular dulu kerana sehingga kini dia meraih pendapatan 225 juta dolar.

 

Foto: Instagram.com/ladygaga

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness