
Yuna – Selebriti Berhijab Pertama Di Malaysia Jadi Duta Pantene
Produk penjagaan rambut antarabangsa terkenal - Pantene tampil dengan kempen terbaru, #WanitaBesi yang menampilkan Yuna sebagai duta pertama yang berhijab di Malaysia.
Video drama pendek #WanitaBesi yang berdurasi lebih dua minit itu menampilkan Yuna serta dua figura terkenal Malaysia, Linora Low (personaliti kecergasan) dan Adeline Chin (penerjun kebangsaan). Sesuai dengan elemen yang ditampilkan oleh Pantene untuk rambut lebih kuat, sihat, fleksible dan bersinar, kempen terbaru ini mengangkat wanita yang mempunyai kisah dan pengalaman perit sebelum mengecapi kejayaan.