Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
mtv ema 2016

Yuna Dan Bunkface Tercalon di MTV EMA 2016

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna dan Bunkface menjadi dua artis Malaysia yang berjaya tercalon dalam kategori Best Southest Asia Act di MTV EMA 2016 (Europe Music Awards). 

mtv ema 2016

Foto: instagram.com/bunkfaceofficial

Bakal bersaing dengan nama-nama besar yang lain dari negara Asia Selatan, Yuna menjadi antara calon favorite untuk merangkul anugerah tersebut. Selain Yuna dan Bunkface, turut tercalon dalam kategori yang sama ialah Gentle Bones (Singapura), Raisa (Indonesia) dan Sarah Geronimo (Filipina).

Bunkface yang mula menguasai arena muzik tempatan sekitar tahun 2007 telah memenangi 16 trofi dalam pelbagai anugerah serta pernah berkongsi pentas dengan Katy Perry dan Wonder Girls di MTV World Stage 2010. Dalam perkembangan terbaru, Bunkface bakal mengadakan konsert sempena ulangtahun ke-10 mereka yang dijangka diadakan Disember ini.

Menurut Bunkface dengan pencalonan di MTV EMA ini akan membuka lagi pintu dan peluang mereka memperluaskan empayar muzik di negara-negara Eropah. “Ada beberapa lagu kami mendapat sambutan di negara Asia lain seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. Untuk lagu berbahasa Inggeris, Bunkface mempunyai taburan peminat di Jepun, Korea dan juga United Kingdom,” jelas Bunkface.

mtv ema 2016

Foto: Instagram.com/yunamusic

Sementara itu Yuna yang menjadi artis Malaysia pertama berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat semakin mula dikenali di sana ditambah pula dengan lagu duet bersama Usher, Crush yang mendapat sambutan hangat.

mtv ema 2016

Foto: Tpgimages.com

Dalam pada itu, Justin Bieber dan Beyonce menjadi artis yang menerima pencalonan terbanyak di MTV EMA kali ini. Manakala Adele, Shawn Mendes dan Lukas Graham masing-masing tercalon dalam empat kategori. MTV EMA 2016 akan bersiaran secara lansung di  Ahoy Rotterdam, Netherlands pada 6 November nanti. Undi calon kegemaran kamu sekarang sehingga 6 November di mtvema.com.

Antara kategori yang dipertandingkan. Artis yang dihighlightkan adalah calon pilihan Cosmo:

BEST SONG
Adele – Hello
Justin Bieber – Sorry
Lukas Graham – 7 Years
Mike Posner – I Took A Pill In Ibiza
Rihanna ft. Drake – Work

BEST VIDEO
Beyoncé – Formation
Coldplay – Up&Up
Kanye West – Famous
Tame Impala – The Less I Know the Better
The Weeknd ft. Daft Punk – Starboy

BEST FEMALE
Adele
Beyoncé
Lady Gaga
Rihanna
Sia

BEST MALE
Calvin Harris
Drake
Justin Bieber
Shawn Mendes
The Weeknd

BEST HIP HOP
Drake
Future
G-Eazy
Kanye West
Wiz Khalifa

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness