Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Your Body Is Wonderland…

Kata team Cosmo, saya pasti ada demam setiap tahun – demam ‘workout’. Kalau mahu bercuti, mulalah pasang badan dua tiga bulan sebelum atau jika saya perlu naik atas pentas memberi sepatah dua kata. Hmm…perangai buruk ni perlu saya buang jauh-jauh. Tahun ini, saya berazam. Saya perlu mula lebih awal (seawal bulan Januari 2018) dan kekal lakukannya kerana; 1) Umur yang semakin ‘dewasa’ dan 2) Perihal kesihatan yang perlu dijaga. Bukan lagi untuk foto-foto cantik di Instagram saja.

Sejak memegang jawatan Editor tiga tahun lalu, edisi November 2018 ini memberi ruang untuk saya berehat sedikit daripada tanggungjawab hakiki kerana team Cosmo telah bekerjasama bersama Nana Al-Haleq untuk memantapkan lagi isi kandungan Cosmo.

Terima kasih kami ucapkan kepada Nana kerana sudi menjadi Editor jemputan termasuk input dan masa yang telah diluangkan.

Nana Al-Haleq bukanlah nama yang asing di kalangan fitness junkies dan dia juga merupakan speaker acara tahunan, Cosmo Fun Fearless Life selama tiga tahun berturut-turut. Siapa lagi yang layak mengambil tempatnya? Ada, tapi masih belum dapat menandinginya. Oleh itu, Cosmo dan Nana telah memilih tiga nama baru yang bakal memonopoli bidang kecergasan yang kian mendapat perhatian. Nak tahu siapa? Grab your copy ya!

Do checkout our social media platforms too! Banyak updates tentang CosmoBody akan memenuhi feed kami. Nantikan!

Jika kamu ada isu-isu yang mahu dikongsikan bersama saya dan team Cosmo, jangan malu untuk e-melkan kepada saya di nisahalid@bluinc.com.my untuk kami mantapkan lagi kandungan untuk edisi seterusnya.

Jangan lupa dapatkan majalah Cosmopolitan Malaysia edisi November 2018 dengan tema tentang CosmoBody yang semestinya kamu mahu tahu. Pembaca Cosmo kini lebih cenderung membaca perihal tubuh dan kesihatan. Ini sebabnya kami masih mengekalkan slug yang baru diperkenalkan tahun lepas. Thank you for your warm support, Cosmoholics! Dan syabas! Ini bermakna kamu mahu jadi lebih real & be yourself kerana kecantikan datangnya dari dalam. Jika cantik dalamanmu, luaran bakal pancarkan kecantikan lebih dari yang kamu tahu.

Love,
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor