Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Yang Terbaik Untuk Kulit Adalah Penghidratan Dan Lembapan

Beri perintang kulitmu perlindungan, penjagaan serta nutrisi yang diperlukan. Ia akan menampilkan ‘dirinya’ yang paling kamu boleh banggakan. Ini masanya untuk ultra hydration.

 

 

Mamonde Moisture Ceramide Light Cream, RM139 dengan kuasa ceramide pc-104 dan manfaat lembapan mendalam bunga raya menguatkan perintang kulit yang lemah akibat serangan persekitaran.

Tiga tindakan penting: memperbaiki penyahwarnaan warna kulit, memperhalusi tekstur kulit yang kasar serta memberikan penghidratan mendalam dengan Activated C, white birch dan asid glikolik. Kiehl’s Clearly Corrective™ Brightening & Smoothing Moisture Treatment, RM220

Hapuskan kesan-kesan pencemaran, UV serta tekanan pada wajah dengan overconcentrated extract bahan botani aphloia yang merawat dan menguatkan struktur kulit di dalam serta mengurangkan pengoksidaan serta kerosakan di luar. Yves Rocher Elixir Jeunesse Double Action Essence, RM159

Asid amino menyokong fungsi kulit dan merangsang kolagen serta elastin. Innisfree Green Tea Seed Serum, RM110 kini diformulakan semula dengan 16 jenis asid amino untuk tahap penghidratan yang lebih tinggi!

Sentuhannya cukup mewah dengan emas dan sutera. Enzim antioksidan yang  stabil, melambatkan penuaan dan merawat kerosakan selular! Ada yang mengakatakan kamu boleh kelihatan 10 tahun lebih muda! Swiss Line Cell Shock Luxe-Lift Overnight Balm, RM738

 

 

 

Dirumus dengan air mata air kaya kalsium dari Provence, buih-buih mikro memberikan kesegaran dan tenaga kepada kulit dengan lebih 90 peratus penghidratan segera. L’Occitane Ultra-Thirst Quenching Gel, RM170.

Ajar kulit serap dan simpan lembapan agar tahap penghidratannya optimum untuk kulitmu kekal muda. Sisley Hydra Global Serum, RM980 dengan bahan aktif ‘bijak’ mengajar kulit menghidrat secara autonomous.

Terdapat 3,000 mikro titisan yang setiap satunya mengandungi 50 peratus bahan aktif sel bunga camellia segar! Chanel Hydra Beauty Micro Liquid Essence, RM380 bagaikan ombak kesegaran yang menyaluti kulit dengan selesa.

Pernah dengar Green Mineral Water? Ia gabungan air mineral sayuran (garden cress) dan air mineral untuk mengecas penghidratan kulitmu. Laneige Water Bank Hydro Essence, RM190.

Rawat kerengsaan serta kekeringan kulit kamu yang sensitif dengan Dermalogica UltraClaming™ Calm Water Gel, RM328, menghilangkan kerengsaan kulit segera sambil menghidrat, melembutkan dan melindungi daripada serangan persekitaran.

 

Fotografi: Patrick Chan/Arahan Seni: Elyia Najwa/Oleh Nana Marlini Ghazali

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru