Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kata-editor-featured-image-sept

Welcome to our new look website, Cosmoholics!

Dengan look yang lebih segar dan relevan, kami tampilkan styling laman web yang lebih eye-catching, fun and colorful! Sudah dapatkan edisi terkini Cosmopolitan yang menampilkan Camila Cabello sebagai penghias muka depan?

Jangan berlengah lagi kerana walaupun kami berusaha keras untuk memartabatkan ruang siber ini, cinta kami pada majalah yang sudah wujud sejak 12 tahun lalu ini tidak mungkin akan dilupa.

Grab your copy soonest sebab Cosmo semestinya majalah paling laris di dunia. Tak mungkin ia duduk saja di newsstand lama-lama. Wink!

Melihat kepada laman web yang ‘cool’ seperti ini, well I realized the hard work definitely paid off! Big fat love to my team for making it happen. Sehingga hari ini, Cosmopolitan.my telah berhubung dengan berjuta pengguna unik setiap bulan. Dengan look yang baru, komitmen kami pastinya akan lebih lagi dengan kandungan yang ‘juicy’ dan one-of-a-kind agar kami dapat memberi semangat bersama artikel-artikel hebat untuk membantu memberi inspirasi dan berkongsi cinta yang sama untuk fesyen, kecantikan dan gaya hidup.

Sejajar dengan September 2018 iaitu edisi Digital, Cosmo berbangga tampil dengan laman web berwajah baru yang dilancarkan pada 3 September.

Harapan kami adalah untuk menyediakan lebih banyak artikel menarik dengan penampilan yang lebih ‘sedap mata memandang’ dan menghasilkan lebih banyak projek kolaborasi bersama jenama-jenama di platform ini. Pengalaman pasti berbeza dengan look yang sebelumnya namun kami pasti ia bakal memberi kami peluang untuk berinteraksi bersama kamu dengan lebih dekat lagi, setiap hari.

Psst…jangan lupa sertai peraduan yang dianjurkan. Lihat teaser dan promo yang dimuat naik di platform media sosial kami. Banyak giveaways sudah ready untuk kamu menangi! Tunggu apa lagi klik di sini untuk kamu menangi hadiah istimewa yang berbeza setiap minggu, we’ll make sure you’ll have fun with us along the way.

Love,
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor