Warna Rambut Profesional Yang Mesra Wuduk - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Warna Rambut Profesional Yang Mesra Wudhu

Warna Rambut Profesional Yang Mesra Wuduk

Yasss! Sekarang kamu pun boleh warnakan rambut di salun tanpa risau dengan L’Oreal Professionnel Water Color Permeability.

Pasti kamu pernah lalui situasi ingin mendapatkan khidmat pakar untuk mewarna rambut tapi akhirnya tewas pada kit mewarna rambut beli di farmasi. Sebab apa? Sebab takut tak halal. Bukan dari segi bahan kandungannya tetapi fomrulanya yang tidak telap air. Kalau air tak kena rambut dan kulit, pasti tidak sah air wuduk, apatah lagi solat.

Sekarang kamu dah ada pilihan!

Lebih 100 tahun lalu, L’Oreal Professionnel bersama pengasasnya, Eugene Schueller adalah yang pertama di dunia untuk melancarkan pewarna rambut yang tidak berbahaya atau memudaratkan dan dijual kepada pendandan rambut di Paris. Sejak itu L’Oréal masih mengekalkan DNA: Penyelidikan dan inovasi dalam perkhidmatan kecantikan. Sejak itu, mereka tidak pernah berhenti meningkatkan penguasaan warna untuk menawarkan pendandan rambut pelbagai teknologi tinggi, pilihan palet paling luas dan pigmen dan teknik utama untuk menghasilkan hasil warna yang luar biasa dan unik.

Cosmo sudahpun mencuba pewarna rambut L’Oreal Profesionnel Majirel di JeffLee The Hair Company. Pewarna ini bukan sahaja bebas daripada bahan berasaskan haiwan, tetapi juga telah diuji ketelapannya. Pewarna rambut yang mewah warnanya serta bertahan menawarkan litupan sempurna walaupun untuk rambut beruban. Seperti mana-mana khidmat mewarna rambut, sesi dimulakan dengan rundingan bersama professional colorist agar mereka dapat memberikan  diagnosis profesional. Mereka juga akan membantu mencari warna rambut yang sesuai dengan tona kulit, bentuk wajah dan jenis rambut misalnya.

 

 

Tona kulit main peranan penting dalam memilih warna rambut yang sempurna. Warna yang betul akan menyerlahkan tona kulit dan membuatkannya kelihatan lebih menawan sementara warna yang salah mungkin menjadikan kulit kamu kelihatan kusam dan suram. Terdapat juga teknik trending seperti French Balayage yang tidak boleh dilakukan di rumah dan memerlukan pelbagai produk untuk dilapis dan diletakkan di zon spesifik rambut untuk menghasilkan efek warna bespoke bersesuaian dengan tona kulit, bentuk wajah serta jenis rambut individu.

Sekarang kamu dah tahu di mana untuk mendapatkan pewarna rambut professional yang telap air dan menghilangkan keraguan kamu untuk melakukan kerja harian.

 

 

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru