Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Love couple

Wanita Matang Lebih Seksi Di Mata Lelaki?

Pelik kenapa ramai jejaka memilih wanita matang berbanding kamu yang masih muda? Usah risau, kamu tak perlu jadi tua untuk dapatkan si dia, sebaliknya ubah perangai untuk menangi hatinya.

Love couple

Jadi Seorang Yang Penyabar

Ramai jejaka mengakui wanita berusia punyai kesabaran yang lebih tinggi berbanding gadis muda. Sedar atau tidak, mereka bersifat tenang, sabar dan menghargai orang di sekeliling. Jadi apa kata kamu belajar bersabar dan jangan mudah melenting dengan perkara remeh yang ditimbulkan oleh si dia. Jika kalian berselisih faham, janganlah merajuk lama-lama seperti budak kecil. Berbincanglah dan saling memaafkan, itulah resipi untuk terus tawan hatinya.

 

Hormat Pandangan Si Dia

Sebelum ini kamu asyik atur apa yang terbaik untuk masa depan kalian? Sebaiknya slow down. Beri si dia ruang untuk buat keputusan tentang masa depannya sendiri. Kamu perlu belajar hormat pendapat dan idea si dia. Jika nak bidas, guna nada suara lembut supaya si dia tak terasa. Jika dia kelihatan kurang selesa dengan nasihatmu, tak perlulah teruskan beri pandangan.

 

Belajar Daripada Kesilapan

Mungkin kamu jenis ego dan tak mengaku salah bila bergaduh. Ambil perkara tersebut sebagai pengajaran. Daripada asyik menunding jari, lebih baik cool down dan selesaikan masalah bersama. Dengan cara begini, si dia tahu kamu tenang dan tidak bersikap kebudak-budakan.

 

Foto: INGimage

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor