Wanita Lakukan 10 Perkara Ini Lebih Baik Daripada Lelaki! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Wanita Lakukan 10 Perkara Ini Lebih Baik Daripada Lelaki!

Siapa kata lelaki sentiasa mengatasi wanita? Senarai ini akan buka mata kamu tentang perkara yang wanita mampu lakukan dengan lebih baik lagi berbanding lelaki.

perkara

 

1. Pemanduan – Cara pemanduan wanita seringkali dipandang rendah oleh lelaki. Bila kamu berada di sebelah lelaki sedang memandu dan merungut tentang pemanduan gadis di kereta hadapan kamu, cuba buktikan pendapat golongan lelaki itu salah. Menurut kajian, 97 peratus lelaki disabitkan kerana memandu cara berbahaya.

2. Rundingan – Sememangnya lelaki kena akui, wanita lebih hebat dalam buat rundingan. Lebih-lebih lagi waktu membeli-belah. Kalau boleh semua benda nak minta harga kurang!

3. Kewangan – Walau kuat berbelanja, tapi wanita lebih bijak uruskan perbelanjaan dan bayar bil tepat pada masanya malah mereka turut buat simpanan dua kali ganda lebih berbanding lelaki.

4. Cinta – Kajian menunjukkan lelaki lebih mudah buat keputusan untuk jatuh cinta pada pertemuan kali pertama. Wanita pula, perlukan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk sahkan perasaan cinta mereka itu.

5. Tangani krisis – Buku Where Have All The Senior Women Gone? 9 Critical Job Assignments For Women Leader menyatakan wanita lebih bijak tangani masalah dengan tenang berbanding lelaki yang sering panas baran dalam menyelesaikannya.

6. Berteman – Wanita lebih mudah dapat dan kekalkan Best Friend Forever (BFF) berbanding lelaki. Mereka turut lalui susah senang bersama, sedangkan lelaki lebih berkira – Sumber: Ahli Sosiologi, University of Manchester.

7. Laman sosial – Sebenarnya hampir 48 peratus wanita sering update akaun laman sosial dan mereka jugalah yang memeriahkan suasana. Sebanyak 38 peratus pula adalah dari golongan lelaki.

8. Memaafkan – Bila suami tanggalkan bajunya dan biarkan saja di depan bilik air…tarik nafas dalam-dalam dan maafkan saja. Itulah kelebihan wanita yang mudah untuk memaafkan.

9. Tarikh penting – Kamu berusaha pulang awal ke rumah untuk makan malam ulang tahun hubungan kalian. Jam 10 malam pun si dia masih belum pulang. Bila telefon rupanya dia masih di pejabat dan terlupa akan tarikh penting itu. Wanita sangat hargai dan tidak mudah lupa lagi-lagi tarikh penting dalam hidup mereka.

10. Lebih tabah – Perlu diakui wanita lebih tabah hadapi dugaan dalam hidup mereka lebih lagi bila ada sasaran ingin dicapainya seperti bekerja lebih masa untuk dapatkan tas tangan berjenama. Jadi mereka tabah hadapi kesukaran di tempat kerja untuk dapatkan apa yang diingini.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor