Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Wanita Matang Bercinta Dengan Lelaki Muda?

Ia bukanlah satu perkara ganjil pada zaman ini, tapi mungkin ada sesuatu yang kamu belum benar-benar fahami tentang percintaan sebegini.

che ta

1. SI DIA BERSEMANGAT TINGGI

Dia mungkin baru memasuki alam pekerjaan, masih ‘hijau’ mencari tapak yang kukuh, dan sentiasa memandang pada masa depan yang cerah. Bermakna, dia juga kurang cynical berbanding mereka yang sudah lama bekerja. Sikap positifnya bagus untuk kamu yang mungkin sudah berada di peringkat ‘tak kuasa nak layan’. Bring in the #positivity!

2. SI DIA DENGAR CAKAP KAMU

Tak bermakna kamu dibenarkan jadi queen control. Bermakna, dia benar-benar mendengar butiran yang kamu cakap kerana menganggap kamu lebih berpengalaman dan tahu tentang banyak hal berbanding dirinya. Contoh, kamu lebih bijak bab kewangan kerana tahu nak berjimat mana yang boleh. Jadi sudah tentu dia akan dengar cakapmu.

3. SI DIA MAHU MEMUASKANMU

Ini cukup bermanfaat bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga. Bukan saja dia mempunyai tenaga untuk memenuhi kehendakmu, berkemungkinan dia tidak mementingkan diri sendiri. Dia mahu membuktikan yang dirinya setanding kehendakmu.

4. SI DIA KAGUM DENGANMU

Disebabkan usia kamu yang lebih dewasa (ehem, tidaklah tua sangat), kamu nampak seperti seorang yang berdikari, bijak dan tahu apa kamu mahu. Daripada melihat kamu sebagai seseorang yang mampu mencabar egonya, sikapmu yang berdikari itu benar-benar buat si dia rasa teruja.

5. SI DIA LEBIH BERFIKIRAN TERBUKA

Kalau kamu ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencabar, ia boleh menjadi kenyataan dengan si dia. Katakanlah kamu nak cuba restoran baru atau mengembara ke Switzerland secara spontan, he’s up for it. Satu kerana dia pun teringin ke sana, dua, kerana tenaganya! Hashtag: Win!

6. NASIHATMU JADI PANDUAN

Berkemungkinan juga dia akan mendengar pandangan kamu tanpa terasa egonya dicalar. Misalnya, jika dia mahu mencari pekerjaan lebih baik. Dia akan tahu yang kamu lebih berpengalaman dalam hal ini jadi dia akan buka telinga akan cadangan kamu, termasuklah jenis font yang tak boleh digunakan dalam résumé.

7. KURANG PENGALAMAN CINTA

Tak bermakna dia tak tahu bercinta, cuma dia kurang ada kisah lampau yang pahit untuk ditanggung. Dan kemungkinan kamu tak akan terjumpa hadiah bekas kekasih atau ex-tunangnya di dalam keretanya bila kalian keluar bersama nanti.

8. SI DIA TAKKAN JUDGE KAMU

Katakanlah kamu berhenti kerja kerana nak menjelajah Eropah atau mahu melakukan sesuatu yang berbeza di pertengahan perjalanan hidup, si dia takkan mengadilimu. Lelaki yang sebaya atau lebih tua mungkin akan risau jika kamu tersasar daripada landasan, tetapi lelaki lebih muda akan menggunakan mantra ‘penuhi impianmu’.

Foto: Instagram.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness