Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Waktu Terbaik Untuk Kembara Keliling Dunia

Lelah dengan jadual harianmu? Sekarang adalah waktu terbaik kamu kembara keliling dunia. Escape ke  destinasi berbeza namun istimewa dan bersedia untuk update Instagrammu! Psstt… Tak salah kalau nak bawa keluarga bersama untuk nikmati percutian hebat ini.

46967562 - hot air balloons landing in a mountain cappadocia goreme national park turkey.

Destinasi: Australia

Indahnya berjalan bertemankan langit biru dan pemandangan laut yang terbentang luas di Gold Coast.

Mesti pergi: Taman tema Dreamworld dan Warner Bros Movie World yang bukan saja menawarkan keseronokan malah menyediakan tempat solat dan restoran halal. Jangan lupa untuk berlayar bersama Tall Ship Sailling Cruises dan beli-belah di Harbour Town Outlet. To all foodies out there, jangan lepaskan peluang untuk layan selera kamu di Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant, Nando’s Surfers Paradise, Tandoori Place Surfers Paradise, Taj Palace Indian, ADA’s Kebab dan Theo’s Kebab. Masih tak cukup? Luaskan pengembaraan kamu juga dengan melawati Australian.

 

Destinasi: Turki

Imbas kembali sejarah tamadun Islam dengan melawati tempat-tempat bersejarah dan unik di Turki. Well, get ready Miss Indiana Jones!

Mesti pergi: Lokasi utama seperti istana dan masjid lama serta budaya Sufi sesuatu yang kamu perlu terokai di sini. Antaranya Masjid Ulu, Bursa, Rustem Pasa, Sulatan Suleiman, Ayyob Al Ansar, Istana Topkapi, Muzium Hagia Sophia dan Istana Capas. Untuk mengisi perut, cuba pelbagai masakan Timur Tengah yang lazat. Jangan lupa ambil hati keluargamu dengan membawa mereka beli-belah di Grand Bazaar. Pelbagai cenderamata unik dengan harga berpatutan dijual di sini.

 

Destinasi: Korea Selatan

Apa yang menarik di sini selain ketampanan wajah Lee Min Ho atau Jang Hyuk? Semestinya keindahan semula jadi dan kehidupan waktu malam!

Mesti pergi: Buat peminat drama Winter Sonata, Nami Island dan Gapyeong antara yang menawarkan kecantikan landskap menakjubkan, selain sungai Cheonggyecheon Stream yang digunakan sebagai jalan di kota Seoul. Beli-belah antara perkara ‘wajib’ yang perlu kamu lakukan di sini. Singgahlah ke Pasar Dongdaemun, Namdaemun, Plaza Fashion Myeongdong, Hongdae & Idea University, Jalan Insadong, Itaewon dan Underground Shopping di Bupyeong. Manalah tahu, kamu bakal terserempak dengan bintang K-Pop pujaan hatimu!

 

Foto: 123rf.com

 

 

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist